PENGIKUT

Sunday

EPISOD MENGADU DOMBA 1

amaran *episod mengadu domba 1 adalah entry yang panjang. sebab pentype mengadu. bukan bercerita* sekian, harap maklum.


esok nak balik maktab. eh. silap. institut. pergh! nama nak up je kan. kesimpulannya, esok balik batu pahat.episod yang paling tak best dalam hidup. ayah suruh balik pagi pulak tuh. oh.. kenapa diriku terasa dihalau oleh ayah sendiri. T__T.

assignment semuanya siap separuh. hahaha!! hello. at least. i buat, takdelah i tak buat langsung. T__T
tapi, ada je assignment yang buat folder je kat dalam laptop nih. isinya takde. KAH KAH KAH. nampak sedikit masih menjadi pelajar yang mengambil berat akan pelajarannya.. kan? kan? kan?
tengah-tengah buat assignment nak connect broadband celcom tak dapat. sangat slow connection bila hujan lebat. macam suruh tidur je kan. tapi kesungguhan buat assignment separuh masih menebal. jadi, tidak tidur sampai sekarang.

tercetusnya entry episod mengadu domba 1 ini setelah menjadi stalker facebook 2 3 orang yang secara tak sengaja aku ter stalk. aiseyh man! tiba-tiba perasaan menyesal terima tawaran maktab datang menebal.

ah! mungkin sebab tension assignment banyak siap separuh.

ah! mungkin perasaan akan homesick dah mula menyelubungi diri.

ah! mungkin sebab terasa seperti dihalau ayah sendiri. T__T

ah! banyak sungguh ah. jadi tak payah ah dah lepas nih.

mari imbas kembali 3 tahun yang lepas setelah dapat 2 tawaran awal yang perlu dipertimbangkan.

1. diploma kejuruteraan awam - politeknik shah alam

2. ijazah sarjana muda perguruan reka bentuk dan teknologi - IPG tun hussein onn

aku nak mengadu domba untuk tawaran yang pertama. kalau aku terima tawaran tu, aku akan dah habis diploma sekarang. sekarang adalah fasa degree. mungkin semester 2 tahun pertama. dan keadaan yang aku nyatakan tadi adalah seperti yang aku idamkan. walaupun macam jauh sikit perjalanan tapi memang macam yang aku idam. step by step. tak gelojoh. hell! kenapa entah aku tak berkeras dengan mak ayah aku. ah! (eh! tak boleh guna perkataan ah dah.T__T)

aku jeles bila stalk page facebook mereka2 yang mengatur perjalanan step by step macam yang aku idam. ye. mcam yang aku idam. faham? tapi, nak putar masa dah tak boleh. walaupun aku dah cinta akan profesion perguruan, tapi apa yang aku idam tetap tidak pernah padam.

lama-lama mentype macam ni rasa macam looser lah pulak. tak dapat nak ikut shedule yang dah aku arrange masa dapat tawaran dulu. uh! sungguhlah, aku menanti hikmah yang dijanji.. mungkin dah ada depan mata, tapi tak nampak.

kadang-kadang rasa macam nak kutip balik tawaran-tawaran yang dapat dan nak telefon mereka, boleh tak diorang terima aku sorang je masuk sana. serius! aku sorang je. takkan tak boleh? huuuu~~ sangat looser lah rasa. benci lah bila aku nak macam tu, tapi orang lain yang lalui apa yang aku nak tu.

kenapa masih rasa looser ni. why? why?

lagi 2 tahun habis belajar. dan aku akan bergelar cikgu amalina. bersedia ke mental fizikal nak sebar ilmu kat anak bangsa? berat sangat tanggungjawab yang mak ayah aku nak sangat aku jadi ni... hailaaaahhh.. aku masih mencari cari masa depan apa yang mak ayah aku nampak sampai suruh aku terima tawaran maktab.

dusta dengan perasaan sendiri. akibatnya, ???




nota penting: doakan aku tabah ye. tabah tak fikir bukan-bukan sampai aku boleh giveup.

2 comments:

FAD ARIFFIN said...

hi amalina. ticket teatereh beli kat boleh beli kat istana budaya, atau online kat www.ticket2u.biz. Nak reserve dulu pun boleh tada hal.

A+z+i+E = AziE said...

asemen sgt bnyk... cuti ta wat 1 pun... skang smpai nk tmuntah wat asemen... huhu