PENGIKUT

Tuesday

DEAR, TOMOK.

nampak macam tomok kan?

dear tomok,
kenapa awak bertunang tak beritahu saya?
tahu tak betapa pilu hati ini macam kena toreh dengan penyapu lidi.
sakit tahu sebab penyapu lidi tumpul. cuba lah toreh dengan pisau kan senang.


dear tomok,
kenapa tak tunggu saya habis belajar?
masa dulu2 masa kita main polis entry lepastu saya merajuk sebab asyik saya je yang jadi pencurik.
penat tahu kena lari2 satu kampung. saya malas nak peluh2 saya masuk rumah sambil jelir lidah.
lepatu awak tulis dekat daun pokok rambutan arwah nenek saya.
I LOVE U!
tahu tak saya simpan memory tu sampai sekarang!
mana janji yang awak tulis dekat daun tuh???!!!


dear tomok,
setiap kali saya cuti sem
saya tak nak dengar berita dari mak saya pasal awak.
berita yang paling saya tak nak dengar memang tak keluar pun dari mulut mak saya
tapi saya tengok facebook kakak awak!
huh! kenapa saya approve kakak awak jadi frenlist saya?
kalau tak mesti hati saya tak terluka macam nih sekarang nih.
tapi sampai bila saya takkan tahu yang awak dah bertunang kan?


dear tomok,
saya pernah cakap,
kalau awak kahwin memang saya tak nak pergi
walaupun rumah awak selangkah gajah je dari rumah saya.
saya tak nak menangis tengok awak bersanding dengan dia..
huuuuuuu~~~(ini bunyi tangisan bukan bunyi hantu)


dear tomok,
tahu tak dah berapa kali saya kecewa sepanjang 21 tahun ni?
ah! awak memang tak tahu sebab kita dah tak pernah bercakap sejak awak tulis I LOVE U dekat daun tu. (budget mohabbatein lah sangat kan!)
rugi betul! kenapa entah saya tak simpan daun tu. kalau saya simpan mesti awak terharu kan?
tapi kalau saya simpan mesti dah kering kontang daun tu. tulisan tu pun dah hilang.


dear tomok,
tahu tak sepanjang 21 tahun saya impikan untuk membina kehidupan dengan awak.
awak tak tahu semua tu? saya tahu awak tak tahu.
sebab ini impian saya je bukan impian awak.
tahu tak kenapa saya dah tak cakap dengan awak dah lepas kejadian daun rambutan tu?
saya malu, bukan tak suka dengan awak tapi saya malu.


dear tomok,
lepasni saya dah tak boleh nak intai2 awak dari tingkap depan rumah saya dah.
saya dah kene lupakan suara-suara dan cerita-cerita yang awak pernah cerita masa saya rehat kat sekolah rendah agama dulu.
kita rehat tak sama sebab awak tahap dua, saya masih tahap satu masa tu..
saya kene lupakan perasaan eksaited nak rehat sebab nak pergi dekat tingkap tempat duduk awak untuk dengar cerita dan tengok awak lama-lama.

huuuuuuuu~~~~ (ini bunyi tangisan bukan bunyi hantu)

dear tomok,
tahu kenapa saya panggil awak tomok?
sebab muka awak memang mirip dengan tomok.
walaupun tomok tu menyanyi sengau dan macam poyo tyme muda-muda dulu,
saya tetap minat dia sebab muka awak macam tomok.
saya minat tomok sebab muka awak macam tomok bukan sebab muka tomok macam muka awak. faham? T__T


dear tomok,
terima kasih sebab bagi saya rasa cinta budak-budak.
walaupun budak-budak saya tetap ingat sampai sekarang.



nota ringkas: jangan risau, tomok yang diceritakan bukan tomok = shah indrawan. harap maklum. T__T

7 comments:

Asyu said...

haaaa, ni mesti 'tomok' depan rumah ko nih...nnt r aku nak usha2 ...hahhaha

amalina wahida said...

uiks.. diam2 nnty kantoi.. KAH KAH KAH..

ishiko said...

haaadoooii... (smbil terbalik kerusi ke blkg... (-_-")

amalina wahida said...

ira~> kah kah kah.. angkt kerusi tu ye.. len kali dok elok2..

reen iptho said...

amal,,,,aq tau sape tomok 2..haha..da nk bertunang ke? ala, ciannye,,,penat ko mngendap..last2 dapat kt org len =p

amalina wahida said...

reen~>dah bertunang dh pon.. HUWAAAAA!!!!!

ahsfantasy24 said...

heeeeeeeee~~~~
(ini bunyi senyuman bukan bunyi tangisan)

tkzut sye..:)