PENGIKUT

Sunday

BOLEH LUMBA JALAN KAKI DENGAN ATLET PARALIMPIK.

hye sayang..(merujuk kepada blog tercinta)
bukan i sengaja lupa padamu
cuma kesihatan i tidak mengizinkan..
kesihatan fizikal dan mental hanya tinggal 20% sahaja.
tidak apa..
dugaan ini ku lalui dengan ikhlas..

***********************************************

randomly update
1. bila bersin masih sakit. tapi tidak sesakit sebelum ini. harap semakin sembuh
2.bila jalan sudah kurang terhincut hincut. harap boleh lumba jalan kaki dengan atlet paralimpik lepas nih. T__T
3. sudah boleh gelak ketawa seperti dahulu. JADI ANDA SEMUA SUDAH DIBENARKAN BUAT LAWAK SEMULA.
4. sudah boleh duduk dengan kadar yang lama sedikit daripada sebelum ni. sangat bersyukur.. =))..
5.bila panas merungut sebab berpeluh asyik nak pergi mandi je, tapi bila cuaca sejuk macam suruh tidur sepanjang masa, hidung meleleh hingus tak ingat punya..
6. hari rabu balik rumah balik, sebab khamis, jumaat, sabtu kena jumpa pakar balik. HYE HOSPITAL!! KITA BERJUMPA SEMULA YE!

******************************

hye readers..(ye! aku memang nak budget belog ini popular)
aku rasa lama kot aku tak mencoret sesuatu kat sini. ok. bila lama dah tak mencoret tetiba macam malu nak mencarut.
macam blur lah pulak nak mulakan ayat karutan nih. hish!
ok. i try. (weyh! annoying weyh!)

cukup cukuplah annoying kan belog sendiri kan. well, sebenarnya aku nak mengadu sesuatu. eh. mengadu lah kot. takpelah kita anggap ini belog aduan rakyat. KAH KAH KAH. eh. kenapa kau ketawa nih?

OK STOP IT AMAL!. T___T

permulaan yang cukup phatetic. rasa macam nak picit picit pipi sendiri (alolo.. comelnya..)
kalau kau semua setia membaca belog aku ni, mesti kau semua dah tahu yang aku ini AMAT JIWANG SAMPAI RASA MACAM AMAT meluat.

sebelum tu, mari jawab satu soalan. adakah seseorang itu dikatakan sombong sekiranya dia menolak untuk memberi no tel nya kepada seseorang yang lain, yang memberikan alasan untuk berkawan dengan lebih dekat?

jawapan aku
TAK SOMBONG.

~> setiap orang ada pandangan masing masing. bagi aku orang yang tak nak bagi tu mesti ada sebab tersendiri. aku lah orang yang tak nak bagi tu. KAH KAH KAH. terbocor rahsia sendiri terhadap soalan yang diajukan.

bagi aku, berkawan tidak semestinya wajib melalui tel. website boleh, facebook boleh, weyh. macam-macam lah weyh yang boleh menghubungkan kita semua. aku tak tahulah kan korang macam mana, bagi aku, no tel ni berharga. privacy pun ye jugak. aku hanya beri pada orang yang benar2 aku percaya dan yang betul2 dekat dengan aku. tak boleh bagi sembarangan rasa macam no telefon tu dah dilacurkan lah pulak. KAH KAH KAH.

sebab-sebab yang memungkinkan aku memberi no tel
1. BUSINESS
2. NAK SOALAN SPOT.
3. KAWAN, RAKAN, SAHABAT, DAN SEUMPAMANYA YANG AKU PERCAYAI
4. AKU SUKA ORANG TU
5. AKU SENDIRI NAK KAWAN DENGAN LEBIH DEKAT DENGAN ORANG TU.

jadi kepada rakan blogger, leh jerk mintak no fon, sebab anda semua jatuh pada ranking ke 3 dari senarai diatas. (ni promote no tel sendiri ke apa?? T___T)

No comments: