PENGIKUT

Thursday

LEPASNI TAK PAYAH SIBUK .....

(tiba tiba malu lah pulak asyik update blog je kan) haiyaaaarrkkk!!! pergi mati.

salam semua... (sila tergoda dengan kerdipan bulu mata lentik)
tengah tengah google CIRI CIRI WANITA YANG KERAS HATI tiba-tiba terkeluar benda lain pulak kan. ya! memang yang terkeluar tu tiada kena mengena dengan apa yang aku google. sekian, terima kasih.
tapi kan sayang, (eceh. sayang pulak dah) i jumpa sesuatu yang menarik. meh meh mak nak kepoh ni nyah!!! =P

CIRI CIRI WANITA MENGIKUT ZODIAK

1. WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

jadi, 29 april adalah taurus dan tergolong dalam wanita tanah. oho...

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
= boleh dijangka? eh. tak perasan pula..ingatkan unpredictable dan misteri. HAHAHA. berwibawa?? wow!! praktikal. betul.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
= penyabar dan bertolak ansur; oh. ini mungkin jelas. bukan nak membangga tetapi penyabar dan bertolak ansur itu memang saya.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
= perniagaan?? wah! ini perlu cuba ni.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.


air muka tenang... =))


*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
= kadang kadang marah yang terkawal ni boleh jadi bara dan dendam.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
= berwibawa lagi?? oh. mungkin jodoh saya adalah ari wibowo. KAH KAH KAH.


eh. takkanlah nak cerita pasal diri sendiri sahaja kan? mari-mari teruskan membaca untuk kalian semua juga ada..

2.WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


3.Wanita Angin
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).


*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


4.WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).


*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



jadi, tak perlulah sibuk-sibuk pergi beli tanah kalau nak tanam bunga, tanam dekat diri sendiri je lepas ni. =D

2 comments:

~~Sue eLLa~~ said...

wajib anda update komen..saya pembaca setia..n di sini saya nak bagi cadangn..sila lar berkahwinan ngn blogger tegar...jadi nyer sesuai lar..hahah

amalina wahida said...

sue darling
hahahaha... berkahwinan ngn blogger tegar tu macam teeeetttt!! lah kan.. hhahahahha~~

terima kasih pembaca setia..=))