PENGIKUT

Friday

JADUAL 8 TAHUN YANG LEPAS.

rahmah... ala ala nama mak saya (guna saya supaya nampak serius) rahmah bermaksud kasih sayang.. sama waktu dengan rahim. maksudnya kasih sayang. sama juga dengan mohabbat. tapi lebih menjurus kepada cinta. kui kui kui.. tiba tiba dah nak masuk pukul 3 pagi memekak pasal kasih sayang, cinta pulak kan.

selepas tertengok cerita bertaut di jabal rahmah mulalah otak aku berfikir yang macam macam.
cerita tu memang membuatkan neuron dalam otak ni mula terimbas tentang perancangan atau lebih tepat jadual kehidupan yang aku rancangkan 8 tahun yang lepas.
banyak dah yang terjadi tetapi semuanya jadi tidak seperti yang aku rancang.

sebelum aku bocorkan rahsia rahsia jadual kehidupan yang aku rancang 8 tahun dahulu, aku nak buka track lagu aiman >__< (tidak tahu apa motif nak kene suruh kau semua on track lagu aiman jugak ) ok done!.

eh! kau tak nak tahu eh?? ada aku kesah??? macam biasa aku nak kecoh jugak!! T__T


pertama,
aku rancang untuk belajar di liverpool.u never walk alone.. kih kih kih.. aku nak sambung belajar dekat sini sebab aku minat dekat owen time ni.. u know what kalau kita takda matlamat yang murni dan jelas memang tak dapat pun..jadi adik adik kalau betul betul nak jadikan sesuatu tu jadi kenyataan silalah tetapkan hati dan berusaha keras ye.

kedua,
aku nak pergi mekah dengan keluarga tercinta aku sebelum umur aku 24 tahun.
aku memang teringin nak tengok kaabah depan mata
kemudian, aku paling mahu ke JABAL RAHMAH.

ketiga,
aku nak sambung belajar sampai master.
master adalah capaian aku paling tinggi.
nak tak nak susah tak susah aku nak jugak master.
phd kalau ada rezeki dan dizinkan.aku memang kepala batu dan aku memang akan buat apa sahaja yang aku nak jadi kenyataan sekiranya yang aku nak tu aku rasa logik.
doakan aku habis degree ni dulu ye kawan kawan.


jap take 5.
lagu someone to love by babyface buat aku nak lari cari aiman sekarang!!!


keempat,
aku nak balas jasa mak ayah aku. yeay! memang skema punya karangan tapi anak anak semua diluar sana, siapa yang tak nak balas jasa mak ayah? kalau mengikut teori aku, sebanyak mana harta sebanyak mana hadiah sebanyak mana material kau kasi kat mak ayah kau, masih tak dapat balas jasa mak ayah kau.
memang ini fakta yang aku keluarkan sendiri dan aku rasa logik.

kelima,
aku memang rancang bila umur aku 24 tahun aku dah ada seorang anak.
dan kalau boleh aku nak anak kembar lelaki dan perempuan.
senang abang boleh jaga adik.
dan lagi senang aku tak payah beranak dua kali untuk dapatkan sepasang anak. beranak sekali je dah dapat dua anak. kan senang.. rezeki melimpah ruah lagi.
tapi aku rasa insyaALLAH tak jadi kenyataan. KAH KAH KAH!!!
well.. aku rasa kawan kawan aku yang tak planning sama sama dengan aku 8 tahun dulu masing masing dah bertunang lah, kahwinlah bagai. tapi aku yang planning ni??? see!!! kita hanya merancang tuhan yang tentukan.
(weyh! amal kau baru 21 tahun! apesal kau membebel dah macam umur 41 tahun ni?)
aku ada masa 3 tahun untuk kahwin dan dapat anak macam yang aku plan. KAH KAH KAH!! NONSENSE LAH KAU NIH AMAL!!!!


tapi, semuanya hanya rancangan jadual kehidupan yang aku buat 8 tahun dahulu. sebenarnya jadual kehidupan setiap manusia ni perlu dinamik. sebab, kita manusia. DIA YANG MENCIPTA lebih tahu tentang jadual kehidupan ni...


jadi, sekarang kene ubah beberapa perkara. seperti umur ketika berkahwin, dengan siapa mahu berkahwin, mahu belajar dimana, mahu letak nama anak apa. EH! macam haram jadah lah pulak. tukar tukar. nama anak kita letak lepas dah jumpa bapanya ok?? KAH KAH KAH!!!


Align Left
ini batu penanda di JABAL RAHMAH. ihsan encik google.

bapa kata kalau kita berdoa mengenai insan yang kita cinta, insyaALLAH dimakbulkan.
nampak hitam hitam tu? bapa kata itu orang tulis tulis nama pakai alat untuk menulis nama nama mereka dengan insan yang mereka cinta. tapi tak perlu rasanya, cukup dengan doa yang ikhlas...




**saya nak doa di situ supaya dapat bersatu dengan kamu di dalam redhaMU**





**NOTA KAKI
aiman tu bukan aiman kawan masa aku sekolah rendah dulu, bukan juga mentee aku

6 comments:

realiti.. said...

kita hanya merancang..tetapi sebaik2 perancangan adalah dari ALLAH S.W.T..mgkn apa yang kita rancang dan xtercapai..ada hikmahnya..ALLAH lbh mengetahui kemampuan hambanya dalam menghadapi sesuatu..anggaplah pkr yang terjadi skrg walau tidak menepati rancangan kte adalah sesuatu kurnian ALLAH yang sungguh berharga..

cik nurulain said...

amal, akak dah pernah gi umrah. and dah pernah jejak kat jabal rahmah. tapi kan, kat situ ada sign board besar tulis, yg nabi muhammad takde pun daki bukit tu. takde dalam sebarang amalan yg suruh daki bukit tu.

and mutawir yang bawak akak and family tu ckp, rmi manusia taksub nak daki bukit tu and berdoa atas tu. taksub tu dah jadi tak elok dah.

yelah. orang amik berkat sbb adam n hawa jumpa kat situ. anyway, mutawir tu kata, xperlu taksub. kat mana-mana pun boleh doa dipertemukan jodoh.

:)

amalina wahida said...

aha.. ayah pun ada ckp mcm tuh jugak.. tp mcm nak jugak pergi situ sbb adam dan hawa bertemu tu lah.. ngee~~

ayun nysa said...

bau nsi mnyk dh umh cik amah ku, huhu

amalina wahida said...

ayun
kih kih kih.. bau je tak best lah kan.. mailah dtg rasa.. KAH KAH KAH
!!

amalina wahida said...

realiti
oh.. sungguh berharga kata2 nih.. terima kasih..=))