PENGIKUT

Tuesday

KALAU TAKDE INI PUN TIDAK APA



fakta berkaitan cermin mata dengan diri aku.

peringatan **cerita fakta di bawah tidak dinyatakan didalam bentuk point form sebab aku nak praktis buat ayat untuk jawab bahagian esei exam esok**


apa kena mengena exam, buku, ejaan, binaan ayat, huruf-huruf yang kecil sampai sakit mata nak baca sebab terlalu banyak dengan cermin mata (sweet gila bahasakan spect sebagai cermin mata)

masa kecil dahulu (heh! asyik cerita pasal waktu kecil je) aku tak rabun pun. rabun ayam pun tidak pernah. lagilah rabun itik, kambing, lembu, rusa dan sebagainya. tapi, kakak aku dia silau. aku tak sure silau ini satu kecacatan yang boleh disamakan dengan rabun atau tidak tetapi perlu menggunakan cermin mata untuk membetulkannya.

suatu hari (karangan sungguh nih!) ayah aku bawa kakak aku pergi pilih cermin mata. disebabkan aku ni memang kaki sebok sejak kecil, aku pun nak cermin mata sekali . gedik bukan? aku tahu, gedik tak payah nak highlight.

lantaran itu, tukang penjual cermin mata pun tunjukkanlah cermin-cermin mata yang berwarna warni. disebabkan aku tidak rabun, silau dan sebagainya ayah aku tak mempedulikan sikap aku yang kaki sebok nih. tapi, aku memang tak makan saman (ngeh! saman tak bayar lagi!!) aku pun sebok nak pilih warna. kakak aku diam jerk. nampak tidak apa yang aku cuba ceritakan dekat sini??

the point is, aku yang kaki sebok telah menghasut kakak untuk beli cermin mata yang bulat gila dan bingkai dia warna warni macam clown. BOLEH BAYANG TAK?? nak tahu apa reason aku kat kakak aku kenapa aku paksa dia beli cermin mata yang bulat gila dan bingkai dia warna warni macam clown tuh??

perkara utama adalah, aku nak pakai sekali.TAK NAMPAK KAN PENEGASAN YANG KUAT DARI SEBAB YANG AKU BERIKAN. aku terus mintak tukang jual cermin mata ambil dan aku yang try dan semuanya aku. tengok??? SUBJEK YANG NAK MEMAKAI DAH BERTUKAR KEPADA AKU. BUKAN KAKAK LAGI. HAHAHAHAHAmpeh!!

ngeh!
panjang gila cerita pasal cemrin mata pada waktu kecil.
kesan untuk jangka panjang.

sekarang.
aku yang rabun tapi tak mahu pakai cermin mata walaupun cermin mata telah dibeli ketika form 4 sebab waktu itu nikmat melihat memang tahap kritikal. (pelajar cemerlang memang macam nih. belajar sampai rabun)


aku tak tahu kenapa aku buat entry macam ni.
mungkin sebab dah banyak membaca dan teringat cermin mata aku yang tak selalu disayangi itu.

"heh! dasar manusia tak sedar diri. guna aku bila perlu.bila tak nak kau campak2 aku kan! heh!" <-- kata2 cermin mata kepada aku

2 comments:

cik nurulain said...

isk, tak elok tu. karang power makin naik. better pakai...hehe kan ada lense skang. lense kaler2 lagi tu amal... :)

amalina wahida said...

lens tuh mcm takut je nak pakai.kene cucuk anak mata nk psg lens tuh.. takut.. huuu~~