PENGIKUT

Sunday

hati ini rapuh macam ranting pokok ciku

sekarang dah hampir pukul 1.
bukan 1 tgh hari tapi 1 pagi bebeh.
macam tak pernah tidur lambat nak kecoh-kecoh amal nih kan.
aku baru habis buat pola baju.
tengok. aku tak cakap pun aku nak tukar jadi tukang jahit.
tapi kalau nak tempah aku boleh tolong buat pola je.
gunting kain dan jahit kau buat sendiri.
sebab aku tak pandai nak kawal kelajuan mesin jahit tuh.
jadi kelam kabut macam kene kejar anjing gila.

tak.tak. aku tak tukar profesion.
aku masih lagi seorang guru pelatih
dan tetap akan menjadi guru bila graduate nanti.
kau semua jangan risau.
aku tahu kau semua tak sabar nak aku rotan anak-anak kau kan? hahahasrat kau semua akan tercapai. jangan risau ye ibu2.bapak2.

urgh! membebel lagi aku nih.
masa aku gunting-gunting pola. ye pola baju bukan polar bear.
masa aku main gunting-gunting aku 'mesej-mesej' 'encik kacak' melalui alat perhubungan selain daripada telefon selular.

tolonglah faham. jangan salah faham.
semangat aku jadi opss! terlebih sudah.
tak pernah ade semangat terlebih macam nih
walaupun 'mesej-mesej' itu hanyalah berbau biasa. tiada yang luar biasa.

tolonglah faham.jangan salah faham.
secara kasarnya, semangat ni membawa kebaikan sebab aku menjadi teruja untuk buat sesuatu yang berilmu bila ada 'encik kacak'.

tolonglah faham. jangan salah faham.
bukan bermaksud sebelum ni aku tak bersemangat
tetapi apa yang aku maksudkan adalah
semangat lama sedia ada menjadi berkobar-kobar.
ceit. amal kau nih dah macam budak-budak sekolah baru dapat boyfriend.

kan aku kata jangan salah faham.
sebab aku sendiri tak nak salah faham dengan semangat yang baru aku rasa ni.
walaupun aku tak tahu apa akan jadi di penghujung cerita antara aku dan 'encik kacak' tetapi aku rasa tak salah kalau aku menikmati setiap saat perjalanan yang menyenangkan hati ini sebaik-baiknya. tengok. aku dah keluarkan ayat-ayat taman.


kalau kau semua baca entry-entry aku yang sebelum-sebelum ni, aku ade mention betapa aku tak mahu menerima apa-apa perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan.
yup. i'm still under my recovery. but now aku rasa aku dah boleh terima sedikit demi sedikit lama-lama. tak. tak jadi bukit. asyik jadi bukit je. jadi lain pulak. sedikit-sedikit lama-lama jadi kepunyaan aku. hahahahhaktui!! amal tolong jangan berangan dulu boleh tak?


sekarang dah nak pukul 2 pagi.
kalau layan roti canai sedap neh.
lepastu kene joging 2 km.
takpun berjalan 3 km. huh! mampus. buat harvard step test pun dah cungap-cungap macam ikan takde oksigen. ok. fine. tak payah nak ejek aku. macam budak sekolah.
loser. fine. aku tak kesah.

aku kene mengaku sesuatu yang selama ini aku denied. always. bukan sekali tetapi selalu dan bukan jarang jarang berlaku.
aku memang selalu menidakkan apa yang bermain dalam perasaan aku.
yup. kerana kejadian dahulu. aku menidakkan semua benda. instead aku tahu dan sedar tapi aku tetap menidakkan. oh. hati batu. fine. aku tak kesah.

mengaku. yup mengaku tentang 'ini'.
mengaku untuk membuka 'ini' yang dah lama aku tutup rapat-rapat.
aku buang kunci entah kemana. sampai sekarang macam tercari-cari kat mana kunci tuh. aku tak sempat nak duplicate dan simpan..

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

(dato dr faddzillah kamsah)

atas alasan ini aku akan cuba membuka "ini" dan "itu"
yup. i'm admit it.tapi tak tahu berapa lama akan bertahan.
entah. fine. nak drop??drop r. drop secara nyata atau drop secara sembunyi pun aku tak kesah. drop. drop lagik.

hati ini rapuh macam ranting pokok ciku kenapa pokok ciku?sebab aku dah lama tak makan buah ciku.

2 comments:

Admin said...

buah ciku mmg best!!
bau pom da best aw..hehe~

amalina wahida said...

tahu takpe.. sedap~~