PENGIKUT

Monday

perasaan?? memang tiada.

"excuse me? do i know u??"

yup! itu adalah perkataan yang paling kejam bila kita cakap dekat orang yang kita kenal yang kita rapat yang kita sayang yang kita pernah berkongsi air mata air liur air hidung dan berkongsi macam-macam lagi.

tapi perkataan tu takkan jadi kejam bila orang yang kita kongsi macam-macam seperti yang dinyatakan diatas membaling tuba pada kita.

elok-elok kita bagi bunga punya lah cantik sampai sanggup cari lavender merentas lautan hingga ke lubang cacing tapi dia baling tuba yang berbau macam longkang macam tu je.

menjadi lagi mulia bila perkataan diatas dilemparkan pada orang yang menikam kita dari belakang sampai berdarah tak hengat punya macam ambil parang gergaji chainsaw semua dia stab stab atau dia tikam tikam sampai puas sambil menjegilkan bijik mata tanpa belas kasihan.

selama hidup 20 tahun 2 bulan 2 hari ni macam-macam stab stab atau tikam tikam menikam yang aku pernah nampak ...lagi teruk rasa macam nak TERbunuh diri kalau kejadian kejadian yang tanpa disengajakan aku sendiri hadapi. tapi! ikut tema blog aku "LIFE IS COLOURFUL" maksudnya aku jadikan semua yang hitam-hitam menjadi pewarna tambahan dalam kehidupan.

tips yang aku buat kalau aku terasa diri aku terjebak dalam kancah yang boleh dikira onar berduri ni.
tipssss::

1) SAY NO TO THEM!

2) DO I CARE???.

3) menangis sampai keluar hingus?? NOOOO!!! yes.. memang aku nanges. tapi selepas itu aku akan terus angkat kaki. bukan angkat kaki cepat jalan tapi angkat kaki blah terus. aku takkan pandang belakang dah. sebab belakang banyak hantu.

4) aku takkan ambil kisah. apa jadi pun aku takkan ambil kisah langsung.sekali lagi aku takkan ambil kisah. lebih kurang macam selfish. yup memang penjual ikan memang menguntungkan. cuba lah kalau nak tahu rasanya macam mana. ada aku kesah aku penjual ikan ke tak??

5)last sekali.. "DO I KNOW U??"
"KITA PERNAH KAWAN KE SEBELUM NI?"

6) Cukuplah kan.. nanti kau semua dah tak sayang aku sebab kau semua akan kata aku kejam. (kejam? apa tu?)


**sekeras keras hati aku.. aku masih ada perasaan perikemanusiaan. takkan kemana kalau kita hanya melayan perasaan sakit hati. hidup bermasyarakat perlu ada tolak dan tarik. biarlah orang buat jahat kat kita.. yang penting kita tahu apa yang kita buat tu tak melanggar batas-batas sepatutnya. KEBENARAN PASTI AKAN TERLERAI.

1 comment:

Asyu said...

huahua, mana ko jumpa mamat bertiga nih? masing2 kat mana sekarang n buat apa?