PENGIKUT

Thursday

bila new year wajib hantar post ini

oh!
hai!
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!! (nyanyi lagu final countdown dalam hati)

aku tengok semua blog yang biasa aku kunjungi semuanya buat entry ini
SELAMAT TAHUN BARU, HAPPY NEW YEAR, SELAMAT TINGGAL 2009, WELCOME 2010 ok macam macam lagi yang sewaktu dengannya..
tapi kenapa ye aku tak rasa apa apa excited tentang new year.
bila new year aku rasa lebih cool kalau duduk dalam rumah sambil tengok tv.
tak berpeluh tak berhimpit tak jammed. betul tak?? cepat siapa setuju hentak papan kekunci!!

oh!
lupa.
ini entry pertama tentang tahun baru.
maksudnya blog ni masih berhingus dan masih pakai pampers.
kepada semua follower yang baik hati, cantik, hensem, menawan (aku ampu kau semua nih) terima kasih dan harap harap jangan bosan ye.

mari saksikan kronologi sepanjang 2009 adakah AZAMudin aku dicapai atau tak.
tapi kau semua ingat ke apa azam aku tahun 2009?? HAHAHAH!! tak kelakar. diam!

bulan 1)
- masuk sem baru tahun pertama degree sama macam budak-budak sekolah rendah. yelah perlu biasakan diri dengan suasana sekolah (ceh! macam tak pernah pergi sekolah je ayat ni)

bulan 2)
- apa yer?? ha! dapat result muet? HAHAHAHA!! jeng jeng jeng!

bulan 3)
- oh! tolong ingatan sudah tiada. aku rasa aku alami kemalangan gegaran ingatan. sebab aku lupa apa aku buat bulan tiga.

bulan 4)
-oh!! macam2 jadi
hari lahir aku! ingat semua 29 APRIL 1989 ok. 20 tahun itu tua!!
berkenalan dengan dia. berkenalan sahaja ok tidak lebih.

bulan 5)
- heh!! AMIR berada dirumah!! SAYANG AMIR!terima kasih kepada ibu dan ayah.

bulan 6)
- cuti semester! yeah!! paling best cuti semester
SELAMAT HARI GURU WAHAI GURU DAN KEPADA DIRI SENDIRI.
SELAMAT HARI IBU!SAYANG MAK

bulan 7)
-menyampah nak buat xsignment!

bulan 8)
- kenangan 31 ogos 50 tahun merdeka terimbas

bulan 9)
- AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!

bulan 10)
-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

bulan 11)
oh! menyampah nak periksa!! xsignment! amali yang banyak tak terkata!
CUTIIIIIIIIIIIIIIIIIII yeaaahaaaa!!

bulan 12)
gemuk sebab makan tanpa henti dirumah. haish!! bila nak kurus???

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA ANDA SEMUA!!!

Monday

gila lama tak update macam lama tak basuh kereta

lama tak dari 10 dicember - 26 dicember??
lama kan?? kalau baby 7 bulan dah boleh mintak nak makan nasik dah.
lama lah maksudnya aku tak update blog. sebenarnya..banyak. serius banyak. tapi nantilah aku bagi yang banyak-banyak tuh ek.. esok ke lusa ke..
anyway..lupa nak beritahu kat semua (ayat budget banyak follower nih) ketidakhadiran aku dalam dunia maya sebelum ni (geli weyh ayat nih) atas sebab aku balik kampung selama seminggu.pergh!! lama gila macam dah boleh pandai agak berapa bijik telur itik akan keluar dari itik. memanglah dari itik kan takkan dari ayam pulak kan.
nanti aku update apa yang membuatkan seminggu di kampung menjadi seminggu yang sangat panjang..

Thursday

mari belajar mengeja dengan hoka hoki

s . o . s . i . a . l
cuba eja betul-betul huruf-huruf atas nih.
sosial. bukan sos sial atau so sial tetapi sosial.
malam tadi sebelum tidur saraf hoka dengan hoki ni berfikir macam - macam
perkara macam seorang perdana menteri pulak.
hoka aku berfikir tentang duit.
money! money! duit! duit!
tak tahu kenapa hoka aku ni macam kelam kabut suruh aku berjimat
aku rasa mungkin aku dah semakin tua sebab tu hoka ni
berfikir tentang masa depan

hoki aku pulak berfikir tentang sosial.
aku sebenarnya bukanlah profesor emiritus (aku dh pandai eja weyh!!)
dan arif sangat tentang sains sosial
tapi aku cuba nak bentangkan tentang maksud sosial dalam pandangan
hoki aku malam tadi.

mula-mula berfikir tentang diri sendiri
apakah aku ni sosial??
aku tepuk2 dada aku untuk tanya selera.
tiba-tiba perut aku bunyik
LAPAR!!!
jadi tak jadi tanya perut sebab asyik cakap LAPAR je takde benda lain.
aku tepuk2 lagi dada aku sebab tiba2 aku terfikir satu lagu masa aku pergi motivasi darjah 6 fc yang membawa maksud fasilitator (wow!! pandai aku eja!!) bukan FAN CLUB atau johor FC. fc tuh ada sebut
"adik2.. cuba TEPUK DADA TANYA IMAN"
jadi aku pun tepuk2 dada untuk tanya iman.
bila aku tepuk2 iman cakap
"kau tak solat isya' lagi amal!!"
jadi.. sekali lagi hoki aku tergendala tentang sosial
sebab aku kene solat dulu.

hoka aku dah berhenti berfikir tentang DUIT
sekarang hoka dan hoki berfikir tentang diri sendiri..
soalan yang sama diajukan
"apakah aku seorang yang SOSIAL?"
tiba-tiba dalam hati ni bercakap
dengan ayat pasif
kau tidak sosial. cuba fikir apa maksud sosial
adakah sosial itu pergaulan bebas? seks bebas? pergaulan rambang?
lelaki perempuan bertepuk tampar macam main bola tampar yang kau tak pernah lepas dari jaring lawan?
penat hoka hoki aku nak fikir sampai anak-anak rambut nak terberanak lagi.

tiba-tiba satu sudut dalam membran aku nih pergi ke masa lalu
waktu aku mula2 nak meningkat remaja
bercinta dengan orang yang ntah hape2.
sampai timbul slogan "wa cinta lu sampai mati" dan "i'll rather die without u"
bodoh sungguh ketika itu..
tapi biasalah BUDAK BUDAK BARU NAK NAIK.
tapi aku tak pasti apa kaitan statement kat atas ni dengan isu yang sedang hoki hoki aku fikirkan.

tiba-tiba (lg sekali) membran pulak berbicara dengan hoka hoki
sosial tuh maksudnya pergaulan. terpulang kepada diri manusia nak salurkan pergaulan tuh positif atau negatif.
pergaulan yang ayah aku terapkan adalah pergaulan yang terbatas.

"angah boleh berkawan dengan semua orang, tapi jaga maruah keluarga.sekali angah hancurkan kepercayaan yang ayah bagi, selamanya ayah tak bagi dah."

membran mengingatkan semula tentang kata-kata ni.
kata-kata ni yang guide aku sampai sekarang.
bila aku keluar pagi sebelum asar aku kena balik rumah.
kalau aku keluar lepas zohor sebelum isya' aku kena balik dah
aku dah biasa. kawan-kawan pun semua dah biasa. sosial atau pergaulan aku dengan mereka masih ceria macam ribena!

tiba-tiba(sekali lagi) semua sel-sel berlawan dan berkata dengan ayat aktif
apa yang kau mengarut ni??
sampai jari pun mentype benda-benda yang kau fikir malam tadi??
rosak dah entry kau kali nih!!
banyak benda mengarut jerk??!!

bertalu-talu soalan diajukan macam paluan kompang dirumah pengantin kawan aku pada hari ahad yang lalu. tahniah kawan! kau dah jadi isteri orang! nanti aku kahwin kau dah ada anak. gila maju kau dari aku sekarang. dulu lembab je macam siput!hahah!! sory2.. gurau ok!

tiba-tiba!! perut lagi sekali kata lapar
cukuplah.
bye.

Wednesday

cuba lihat status muka buku

kau, anta, antum, antunna, beliau, kamo, anda semua cuba tengok
aku nye status kat muka buku.

yer AKU BENCI PIMPLE!!!
mungkin bagi kau semua adalah biasa..
dan ada juga yang rasa macam luar biasa mcm cakap

"eh! pelik gila dia nih..pimple pun nk benci..kesian pimple tuh meh bagi kat aku"

kan?kan?
memang dari kecik.ok tak. kecik baby takde jerawat sampai semua orang yang tengok aku rasa macam nak bersalin kulit untuk dapatkan kulit yang putih mulus macam aku ketika baby.HAHAHA!! ni adalah statement bongkak. tapi itu hanyalah impian tinggal kenangan sebab takkan kau dah tua bangka sampai sakit pinggang sebab nak tidur atas tilam getha atau vonno macam ziana zain, masih mempunyai kulit seperti bayi iklan johnson yg muntah pun orang kata wangi. ceh!.

kalau sang pimple atau sang jerawat nih tumbuh aku akan kecoh macam "mak ayam" yang bertelur sebijik kecoh satu kampung. kalau timbul satu aku akan macam mengeluarkan kata-kata yang masa kecik kalau cakap kawan-kawan akan kata masuk neraka. kalau timbul dua aku akan mengucapkan kalimah (bukan kalimah syahadah) yang tak sepatutnya dalam hati. contoh macam kalimah yang menggunakan huruf-huruf B sebagai permulaan kalimah. dan kalau tengok cermin bila lihat ada tumbuh lagi sebijik aku akan mula nak meluahkan kalimah dalam bahasa inggeris yang menggunakan huruf W sebagai huruf permulaan.

semua benda aku akan letak kat sang j nih tapi tetap nk muncul juga tiap2 bulan. bila tgk cermin rasa macam nak pejam mata. tapi kalau pejam mata buat apa tengok cermin. apelah kau nih amal. bila bising-bising membe aku akan cakap

"kau jgn fikir sgt..ko fikir tuh yg lgi byk tumbuh"

jadi..aku try buat petua nih. dalam kepala otak akan cakap "amal, jangan fikir..amal jangan fikir..buat bodoh je" habis kalau aku dah pandai (lg sekali statement bongkak) macam mana nak buat bodoh?? cepat cakap!!macam mana??!!! (tiba2 emo kan) rasa nak pasang alat penggera kat tubuh badan. bila aku fikir je penggera akan bunyi jadi dapat elak lah dari berfikir kan??ha..bernas2!! macam beras.

ok. sekarang siapa kata aku kecoh pasal jerawat nih?? siapa??siapa?? takdelah.. aku SUKA jerawat nih rasa nak peluk cium!! ha.. siapa kata aku kecoh sekarang??(statement hipokrit)

Thursday

senarai aktiviti yang tak perlu kamoo lakukan

**sebelum aku mentype banyak2.. jangan simpan dalam otak apa yang tak perlu disimpan lepas kau semua baca**

semua orang pernah bercinta kan?? (macam karangan upsr lah plak intro nih)
ha.. aku pun pernah bercinta (nih lg tak leh blah)
ok2.. tukar intro.. tak perlu intro lah terus kepada subjek (ceh guna subjek lah plak)
ok. tukar kita terus kepada objek yang nak diceritakan.

perkara-perkara (berdasarkan pengalaman) yang selalu dilakukan ketika bercinta

1)bergayut
- memang ini adalah kelakuan yang tidak boleh dielakkan. kau jangan nak tuding jari kat orang lain. kat aku pun jangan. kau tuding jari kat diri sendri. betulkan bila bercinta kau mesti bergayut kan?? sampai patah dahan ciku nenek kau bergayut kan?? ele..tak payah tipu aku eh.. ok2. tak!tak! tak perlu lah bergayut telefon sampai melambung bil talian telefon rumah kau.. benda nih memang tak patut dan aktiviti bodoh yang pernah aku eh kau semua lakukan. betul.. kalau kau tak percaya cuba kau clash sekarang lepastu kau mesti fikir aktiviti ini adalah bodoh.

2) mesej setiap saat
- ini adalah aktiviti yang sia-sia. hentikan perbuatan ini. bukan sahaja sia-sia malah tidak berfaedah. takperlulah bermesej setiap saat sampaikan kau nak berak(ohh.. tak sopan perkataan nih) pun kau bagitahu.. "yang..honey nak berak ni.. yang nk ikut.." jelek lah weyh! tak perlulah mesej setiap saat untuk melaporkan perkara perkara yang useless nih.. kau mesej bila perlu lah. mesej perkara penting je. mesej bila terdesak ke. bukan sahaja jimat malah kau boleh simpan duit nk beli kredit untuk kahwen.. ha.. nanti dah kahwen kau nak melekat sepanjang masa pun aku tak kisah! orang kampung lg tak kesah!!

3)sebelum letak fon mesti ucap 'i love u'
- yer.. aku tau kau memang dah lap2 kat darling2 kau nih.. tak perlu lah nak ucap lap2 nih hari2..oh salah bukan hari2.. tapi setiap saat kau mesej pun kau nak type 'i love u' pastu setiap kali bergayut pon kau nak ucap 'i love u' .. mesti ramai kata memanglah kene ucap sebagai tanda yang kau sayang dia kan?? alah.. kalau kau dah sayang tak perlu ucap setiap saat. lama2 bila kau dah selalu ucap.. kata2 azimat tuh dah jadi tak azimat. kau cubalah try kau sebut 'i love u' tuh hari2. tak percaya kau ulang2 perkataan tuh ikut alunan jarum saat sampai kau kahwin. mesti bila kau sebut kata2 azimat nih "hubby/wifey, i love u" suami/ isteri kau akan reply "oh..(sambil pandang sebelah mata). ha.. sapa yang nak jawab masa tuh?? jadi..mulai sekarang berhenti cakap 'i love u'

4) gadoh sape letak fone dulu
- mesti gadoh kan sape letak fone dulu. "u lah letak dulu.." "ala..u lah letak dulu." hey!! jelak2!!! nak letak letak je tak payah nak cakap2 macam tuh. sampai akhirnya.. yang memutuskan talian adalah kredit yang habis. ha.. padan muka kau nak kena top up lagi. bukan padan muka kau.. tapi kesian mak ayah kau sebab anak bercinta mak ayah yang kena belikan top up.

5) merajuk
-tipulah kalau bercinta tak merajuk. memang baik merajuk nih. tapi jangan lah merajuk sampai pasangan kau tak korek hidung pun kau nak merajuk. kalau kau nak merajuk..kau kene faham dulu merajuk nih maksudnya apa. kalau perempuan merajuk memang comel + cute mute.. tapi kalau lelaki merajuk?? tak payahlah.. tapi..kalau dah menyakitkan hati sangat ada baiknya kau tegur secara baiklah.. tak perlu merajuk. sampai bila2 orang tak faham. lagi lah kalau pasangan kau tuh jenis slow jer kan..

6) cemburu
- ala2.. semua orang perlu cemburu. dato'dr. fadzillah kamsah pun ada pernah cakap cemburu tuh tandanya sayang. tapi jangan cemburu buta. (sebenarnya aku tak tahu nk komen apa tentang cemburu nih)

7) h...
_ok!! cukuplah kan.. nanti lagi banyak aku mengarut lagi banyak yang karut.

** pesanan hikmah (tiba2 serius)
pelihara apa yang kau semua ada sekarang..

Wednesday

serius nak upload..betul..serius..

entry pertama untuk bulan disember!!
tup tap tup tap dah disember babeh!!
D . I . S . E . M . B . E . R!!!

gila banyak azam tak tertunai..
bukan azamuddin
tetapi azam..
u know azam.. azam..

ah!!
kali ni aku tak nak azam pape!
sebab setan memang suka menggoda manusia!!
sume azam baik tak ditunaikan..
azam jahat sumenye tertunai...

ape nak jadi nih?????
hey..
azamuddin..azamuddin..
bila lah nak dipenuhi..

3 hari 2 malam..(dah macam destinasi budget) pergi batu pahat..
menziarah (menziarah??takleh blah..) **nyayi..
oh.. dia sehat..tak sakit r.. saje je cucunda yang baik hati lagi rupawan nih nak menziarah nyayinda tak boleh ke??

3 hari 2 malam yang memang destinasi budget..
sebab dengan hanya berbekalkan rm250.00 anda boleh pergi ke pelusuk batu pahat!
anda boleh ke air hitam dengan **berbelanja mata dengan teddy2 yang comel gila..
pasu2 seramik yang pelbagai..
ayuh!! kita ke batu pahat..

tidak!! tidak!! tidak!!
semuanya tipu!
rm 250.00 macam rm 2.50!!
serius!! tak boleh beli apa2 untuk ibunda yang pesan macam-macam
setiap hari call bila nak balik..
dan anak dia yang tak tahu nak buat volume 10 pada telefon selularnya..
silent memanjang sampai ada 18 miscall dari ibunda..(tak derhaka kan??)

penat weyh!
penat!



**nyayi = nenek dalam bahasa jawa
**berbelanja mata = window shopping


++