PENGIKUT

Monday

ITS YOUR BIRTHDAY DARLING!!!


ha... baru r cun.. leh lah 'aaron aziz' tuh mengorat.. lalalala~~


sorry..kantoi aku curik gambar kat fb ko..KAH KAH KAH


okeyh! hodoh gambar nih.. hahahah!! innocent gila muka form 4

heppy besday to u
heppy besday to u
heppy besday to my beloved fathiah hani
heppy besday to u..

aku tak nak story lelebih..
yg aku nk beritahu..
u r my sweetest friend i ever had..^__^
love ya!! hug~~hug~~hug~~

Saturday

entry berbunga riang..

senang je nak baut hati aku berbunga riang..
betul.. betul.. senang jerk..
macam sekarang..
pagi pagi (dah tengah hari sebenarnya) on9 sudah membuatkan hati berbunga riang..
senang je.. betul senang je..
tak payah lah kau belikan aku kereta ber no plat seperti ini
tak payah lah kau belikan aku barang kemas(comel gila guna word ni) habib jewels..
tak payah kau beri aku kunci banglow yang berdinding semua cermin..
tak perlu. tak perlu.

Wednesday

si cantik sesuai dengan namamu

selama aku hidup 20 tahun ni
selama 20 tahun jugalah aku memegang nama amalina wahida..
tapi kenapa mesti 'memegang' kan? kenapa bukan menyandang??
tapi kalau guna 'menyandang' mesti akan dipersoalkan kenapa tidak
gunakan perkataan 'memegang'.(ok! dh pening dengan kata-kata sendiri)

masa aku masih berada pada tahap pra-operasi menurut jean piaget
aku dengan bangganya beranggapan hanya aku seorang je yang
memegang nama 'amalina wahida'.
aku fikir dalam dunia ni hanya ada aku seorang sahaja yang menggunakan
nama 'amalina wahida'. memang sangat bangga kerana diberi nama 'amalina wahida'
bila para ibu dan bapak bapak bertanya tentang nama aku akan cakap..

"nama kita amalina wahida" (sambil kembang2 hidung sebab terlalu bangga)

kebanggaan semakin memuncak dan terserlah bila aku berada pada tahap operasi konkrit menurut teori piaget.
ketika ini aku sudah bersekolah dan nak ambil upsr.
bangga seyh bila dalam sekolah hanya aku seorang.
ok diulangi hanya aku seorang yang guna nama 'amalina wahida'
memang aku suka sungguh lah nama aku 'amalina wahida'

"dahsyatlah amalina wahida nih. dahlah pandai. baik pulak tuh. aktif lagi"

ayat2 kat atas nih aku dah lali..sampai pergi sekolah pun aku dah kembangkan hidung siap2 sebab dah tahu, pergi sekolah mesti kena puji nya..

bila aku dah sampai operasi kognitif.. (oh! tidak bukan teori piaget! harap maklum)
masa tuh aku kat sekolah menengah..
masa ni.. hidung aku dah tak kembang dah.. sebab ramai lagi yang kembang dari aku..
lagipun.. sapa suka perempuan hidung kembang kan?? kau suka ke?? aku tak suka!! hahahaha. ok tak lawak!
kalau tak silap aku, aku masih pemegang the one and only 'AMALINA WAHIDA'
bangga seyh. takde sapa yang sama nama dengan aku..
ketika ini masih mempertahankan carta yang nama aku tak pernah di tiru oleh sesiapa.

tapi..
masuk je INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN..
tiba2!!!
aku dikejutkan dengan berita
sorang senior aku bernama AMALINA
junior aku bernama AMALINA
oh my god!!!
tak cukup dengan itu
dalam dunia blogger pun ada jugak yang guna nama amalina

tapi..
ada seorang individu buat confession depan aku
masa tu aku hadiri suatu seminar..
dia kata
selama dia hidup dia kenal hanya beberapa orang sahaja yang guna nama amalina
dan amalina yang dia kenal semuanya baik2 ^^ dan menarik ^^ kihkihkih!!
berbakul bakul dia puji.. tapi kau rasa apa aku buat?? dan kau rasa individu yang diceritakan ni lelaki ke perempuan?? jeng jeng jeng!!
(ok! setakat ini sahaja yg dapat diceritakan tentang individu ini..llalalala~~)


selama bertahun tahun aku bangga kerana takde sapa yang bernama amalina wahida kecuali aku seorang.. kebanggaan tuh semakin luntur apabila
aku google nama amalina
ada beribu ribu lemon lagi yang guna nama amalina
looser!!looser!!looser!! KAHKAHKAHKAH!! maaf. tak lawak. sakit hati lagi adalah..


disini.. aku nak seru kepada nama semua pemilik nama
amalina!! jadilah seorang yang berguna jangan jadi looser! HAHAHAHA!! takde kena mengena seruan ni. ok2.. hargai diri anda.. kerana dirimu begitu berharga.. setiap orang ada kelebihan masing2.. tak kiralah nama kau semua apa... setiap nama sudah ditetapkan dan sesuai dengan diri masing2.. bawalah nama yang cantik tu secantik pembawakan orangnya..




*nota ringkas*
aku google nama aku "amalina wahida"
tiada siapa.. hanya aku seorang pemilik gabungan nama
"AMALINA WAHIDA" ^^

Tuesday

DAH TAK SABAR NAK POST ENTRY KE ''100'' INI!!

aha!!
pengumuman!! pengumuman!!pengumuman!!
perhatian kepada pemilik kenderaan ws.. 411...
anda adalah seorang yang sangat baik hati lagi menawan..
lalalalalla~~ ini adalah entry ke ''100''..
GOOD JOB AMALINA!!
sudah 100 kali kau buat karangan mengarut
SYABAS!! ^^

pheww!!!
macam tak tahu nak type apa sebenarnya..
tapi nafsu mendorong untuk mentype apa-apa jugak
sebab nama pun nafsu
susah nak dikawal
ok. cukup nanti jadi entry 18 sx pulak!


aku tengok balik entry2 aku yang lepas..
rasa macam ntah hape2..(majoriti yang ntah hape2)
ada yang memberangsangkan
kau tengok lah sendiri yang mana yang memberangsangkan
KAKAKAAKKAKA!! (KAKA?? HUUU~~hensem seyh!!)pemalas gila nak sediakan link..
yup2 memang malas. anda semua pun tahu kan empunya blog ni memang malas
entah apa yang dia rajin pun tak tahu.
tetapi! tidak apa..
azam tahun baru nanti..
pemilik berjanji akan tidak malas lagi.
tidak malas dari segi apa??
aha!! itu yang kita tak tahu..

selama 100 entry ini..(ok. masuk ayat skema)
blog ini sudah mempunyai 42 pengikut..(skema kan?)
selama berkecimpung mentulis blog nih..(betul tak skema)
macam macam orang yang dikenali(ni lagi skema)
dan pelbagai cara penulisan dan tema.. (serius skema dowh!)

terima kasih kepada yang tiba2 termasuk pulak dekat blog yang
tidak seberapa ini (memang tidak seberapa..hee~~ merendahkan diri pulak)
sila follow lah walaupun anda tidak menjadi pemfollow secara nampak.
tapi.. kalau boleh.. follow lah secara nampak supaya pemilik tahu siapa anda..
boleh lah kenal kan.. tak kenal maka tak cinta..

chatbox kat tepi tuh.. kau semua nampak kan?? kosong kan?? ha.. aku upgrade layout lepastu aku lupa password chatbox.. habis hilang semua.. (makan semut r kau nih! lupa memanjang)


kata2 semangat untuk pemilik!!
teruskan usaha anda!(macam nak buat apa je)


kata2 semangat untuk anda semua
TERUSKAN MEMBACA
SILA KOMEN BANYAK2(macam pemilik myspace plak)

ok. ni tak main2.. benar benar punya.. ku benar benar cinta..ku benar benar sayang..lalalalala~~ ok. cukup!




**kau semua tinggalkanlah pape kat chatbox sebelah nih.. sedih aku tengok kosong jerk.. kau letak tanda noktah (.) pun takpe.. aku hargai..huuu!! (desperate housewife sungguh)

Sunday

tak semestinya raya baru ada iklan balik kampung

"angah!! bangun!! dah tengah hari buta tak bangun2!!"

aha!! itulah ayat yang aku rindu.. dari suara seorang yang aku rindu saban waktu..setiap saat bila aku berjauhan dari rumah..
mak aku.. kejut aku bangun pagi..sebab kalau tak kejut aku akan tidur sampai zohor.. tuh nasiblah aku bangun kalau tak memang lebur semua.. aku tidur.. (heh!! cubalah berubah menjadi seorang wanita ^^)


"mak ada buat nasik lemak tuh.."

aha!! nih syoknya duduk rumah.. makan minum terjaga..
tak payah fikir nak makan ape hari ni..
tak payah fikir nak keluar ke tak nak beli makanan..
tak payah nak membina mood nak keluar beli makanan..
tak payah fikir cara nak meredakan perut yang menyanyi macam awie!!
otak betul betul berehat dari fikir pasal makanan..gagagaga!! nampak sangat makanan yang mengganggu pemikiran aku selama ni..

perjalanan yang memakan masa selama 3 jam
melenguhkan tangan yang memandu..
okeyh.. alone driver memang tak best sebenarnya..
tapi aku buat2 rasa best dengan menyanyi budget suara ziana zain dan senyum macam kambing..
selalunya kalau naik bus boleh lihat pemandangan tengok kabus2 dan awan gemawan..
tapi kalau dah drive kene tengok depan r..
kalau tengok kiri kanan atas bawah kau akan tengok aku kat hospital lah!!

selesai sudah tahun satu!!
yeah!!
ada lagi 3 tahun untuk aku daki bukit dan sampai ke puncak.. sangat anologi ayat nih..
terlalu banyak benda yang jadi sepanjang setahun yang lepas..
aku dapat lihat macam macam perkara yang selama terlindung yang dah membutakan mata..
nasib baik mata hati masih diberikan kecelikan olehNYA. syukur..

Wednesday

DAH HABIS PERIKSA!! MAHU APA LAGI?

Sebelum minggu periksa

Sindrom sindrom nak baca buku tu memang ada. Tapi semuanya hanya sindrom. Dan hanya disimpan di dalam hati. Sebabnya, sebulan sebelum periksa iman dah kata..
”amal, baca buku, nanti senang tak delah tergopoh gopoh nak baca semua nota”

Tapi memang kata kata iman tak dapat nak bertahan lama... kerana takde satu nota pun yang aku baca. (nampak kan kerja syaitan memang melalaikan manusia!)

Kemudian, seminggu sebelum exam mula tergopoh gapah baca nota, print nota apa yang patut sampai habis kertas A4 kemudian, satu bijik tuh pun aku masih tak baca.. sebab tergoda dengan cerita cerita download dan gian tengok vcd. Sassy girl, my girl, khabi kushi khabi gam, syurga cinta, mohabbatein dan etc. U did such a good job man!!! Memang aku tak baca nota langsung!! Bagus!!

Dalam minggu periksa

2012 on cinema bebeh! Mulalah rasa nak tengok itu nak tengok ini, nak pergi berfoya foya, nak main bowling, nak makan kfc, nak makan mcd, nak pergi meroyan! Semua ada dalam satu. Tetapi ketika ini iman memang johan! Kerana aku tetap kat meja study, study sampai sakit tulang belakang. Bagussnyaaa!! Anak siapa ni? Cepat puji aku sekarang!

Selepas periksa

Rasa macam nak menjerit MERDEKA sebanyak 70 kali!!! Warghhhhhh!! Melangkah je keluar dari dewan periksa rasa nak lompat lompat cium pegawai yang jaga periksa dan buat flying kiss kat semua orang. Tapi hakikatnya..

Sekarang aku kat bilik layan cerita spontan!! Hajat hajat sebelum nih yang aku nak tunaikan tak jadi. Tak tahu sebab apa. Walaupun mood berfoya-foya telah sampai ke kemuncak tetapi masih tidak dapat ditunaikan.

Tetapi!! Aha!! Aku nak kecoh nih!!
AKU DAH HABIS PERIKSA WEYH!!!!
SILA BERIKAN TEPUKAN GEMURUH SEKARANG!!

Monday

ini entry SKANDAL untuk AMMAR!!

Ini ammar!
Mohammad ammar bin abdul aziz.
Kenapa tiba tiba aku mempopularkan dia di dalam entry kali ni?
Bukan sebab dia hensem atau kerana keputihan giginya (x nmpk pon gigi dlm gambar) tetapi
Kerana 20 tahun yang lepas bersamaan 16 nov 1989 mamat nih lahir.

Apa speSIALnya dia sampai aku bercerita tentang dia?
Aha! Itu yang kita tak tahu (ayat skandal nih!)

Oklah yang benar.
Dia nih kawan aku dari sekolah rendah.
Banyak benda yang jadi dari kecil sampai besar.
Aku mula kenal mamat gigi putih (sekali lg tk nmpk gigi dlm gambar) nih masa darjah empat.
Aku boleh recognize dia nih sebab masa tuh dia duduk sebelah aku.
So.. aku kenal lah..
Mamat nih gila!
Bukan gila sikit..
Tapi gila banyak. (hahahah!! Aku jatuhkan saham kau)

Habis je darjah 6
Aku tak tahu dia pergi mana.
Tapi surprise !!!
Form 3 !!
Aku sekelas dengan dia balik.
Tiba tiba dia pindah
SMKBBB!!
So.. kami berkawan semula..
Sampailah sekarang

speSIALnya tentang dia nih bukanlah sebab kegilaan dia yang banyak tuh..
tapi sepanjang aku kenal dia nih..
dia nih budak baik.. (ye kot?)
paling aku admire dia nih sebab sifat pemalu dia yang aku recognize lah
(gila geli dowh puji kau macam nih!)

Tapi..
Ada member aku (of kos perempuan)
Dia admire ammar nih disebabkan mata dia.
Aku pun tak tahu apalah speSIALnya mata dia nih..

Paling best..
Aku suka buli dia sampai dia SPECHLESS !!! hahahaha !! padan muka kau..

Pesanan untuk wanita yang berminat (yg gay pun boleh kot)
Oh.. aku tak tahu status dia skrg..
Available ke.. single ke.. it’s complicated ke..
Kau Tanya lah dia sendiri..
Kau semua boleh add facebook dia
Type je nama penuh dia..
Kau akan dapat add dia..
Seterusnya..
Pandai2 kaulah nak ayat dia nih..
HAHAHAHAHA!!!

AMMAR!!heppy besday.. hahaha! Aku wish ko awal 2 hari kan haritu..
So.. this entry written by me.. special for u..
Nanti aku bg kau cloud 9 yg aku mention harituh..heee~~
Dah tua buat perangai tua keyh!!


**TAKDE GAMBAR SEBAB TERNET SINI SLOW MCM SIPUT!**

aku nak gaduh dengan semua orang supaya dapat kahwin dengan semua orang..

Dulu masa aku selalu sangat bergadoh dengan jiran selang 2 rumah sebelah rumah aku..
Mak aku selalu cakap

“ha.. gadohlah.. nanti kahwin baru tahu”

Lepastu.. aku teros tak bergadoh dengan anak jiran selang 2 rumah sebelah rumah aku.. sebab aku tak nak kahwin dengan dia.. sebab dia tak hensem. (hahahahaha!! Maaf anak jiran!)

Lepastu masa aku masih disekolah rendah..
Aku selalu gadoh gadoh dengan member member lelaki aku.
(Member perempuan aku tak gadoh sebab tak mahu kahwin dengan perempuan.)
Masa ni, memang popular bergadoh dengan memperlekehkan nama bapak masing masing. (kurang hajar kan?)

Kalau macam aku.. nama ayah aku kamsari..
Diorang semua ejek PARI yes! IKAN PARI, SARI lah.. eh!! Kurang ajarnya bila aku fikir balik..
Tapi, ada seorang membe aku (of kos lelaki)
Disebabkan nama ayah dia dah terlalu femes nak di kurang ajarkan
Kitorang ejek pekerjaan atok dia..
TEMPE!! Atok dia jual TEMPE. Makanan yang sinonim dengan orang jawa. (aku jawa! Tiada unsur2 memperlekehkan orang jawa)
Lepastu dekat pipi dia macam ada bulatan kurap ke apa ntah..
Kitorang ejek TEMPE BUSUK!! Muahahahahaha!! (kurang ajar sungguh kanak2 perempuan ini)

Ejek-ejek tapi bila dia balas balik dengan mengejek ayah aku.
Aku nangis dan aku tak mahu kawan dia dah.
Lepastu ada seorang kawan aku cakap..

”kau berdua gadoh gadoh nih, kahwin jelah!”

Aku tak pedulik pun apa yang kawan aku tuh cakap.. sebab dia bukan orang tua pun.. sama umur je dengan aku waktu tuh..
Lama juga kitorang gadoh tapi setelah mak aku cakap.

”angah gadoh gadoh nanti terkahwin dengan dia baru tahu”

Barulah pergadohan selesai dengan meminta maaf.
Kemudian.. kami berbaik seperti rakan akrab..

Oh.. tapi itu semua sudah menjadi sejarah.. sebab kami dah lost contact.. aku tak mahu cerita ini membawa spekulasi buruk.. heee~~



Tapi kan...Kalaulah aku bergadoh dengan dia sampai sekarang.. mungkin aku akan kahwin dengan dia nanti kan??

Saturday

harapan sia-sia

Pagi itu..
Ku tercari
adaKAH kau masih disini..
hatiku merasai..
aku akan bertemu denganmu disini..

hati ini memang benar..
kau masih disini..
hati meronta ronta mahu mendekati
tetapi tingkahku menghalangi..
tidak mahu melihat lagi jasadmu disini..

memang..
riakku menunjukkan tipu..
kau memang masih disini..
jauh di dalam hati..

namun..
hakikat menafikan..
kau dan aku..
tiada lagi waktu..

maaf sekali lagi..
atas kelewatanku..
walaupun hakikat ini mengecewakan..
namun aku redha..
hati ini ikhlas..

semoga kau bahagia..
bersama dengannya yang kau cinta..

namun..
aku masih mengharap..
walaupun harapan ini hanya sia-sia..

Friday

mencari kegedikan

Mandi, tidur, menyanyi, memekak, racing, main chuzzle, tgk movie secara marathon, mengumpat (oh!! Aku tak mahu buat benda ni) melompat.. ni semua benda yang aku dah buat (kecuali mengumpat) bila aku bosan.


Friendster, Mysapce, tagged, high 5, google talk, skype, yahoo messenger, facebook, muka buku, blogging.. ni semua benda yang aku buat sejak aku berusia belasan tahun sehingga puluhan (OH MY GOD!!tuaaaaa!!!) ok tak nak puluhan, kita describe sebagai umur matang! Yes! Umur matang..


Bila sebut pasal matang otakku berfikir bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu.. aku sedang ingin bercinta kerana! Mungkin ada kamu disini! Aku ingin!! Aku sedang ingin!!! Sudah2!! Berhenti!!!


Untuk men tukar hobi2 lagha atau bahasa ibunda kita perkara perkara sia2 tersebut diatas.. aku mula men tukar aktiviti di atas. Masih dengan face book atau bahasa tercinta muka buku. Tetapi aku gunakan service sarch untuk mencari ilmu pengetahuan lah of kos!!


Aha!! Carian ini yang membuatkan aku nak cari sampai ke lubang cacing ilmu2 tersebut. Bukan nak cari ilmu mencari cacing tetapi mencari cinta cacing. hahahahaha!! Oh! Tidak sama sekali. Bukan 30 hari mencari cinta.. tetapi berhari hari mencari. Kan aku dah kata bukan cinta! Degil lah!


Mahu tahu apakah hobi mencari itu? Aku mencari facebook abang kacak yang aku rasa tampan sejak kecil sehingga sekarang dia masih tampan!!




Betul tak hobi baru aku ni tak sia2??? Kan? Kan?kan?

mungkin kali kedua pun seperti ini..

kertas yang paling miserable (ok tatau eja betul ke tak) mengada!!
pakailah bahasa melayu je kan??

baiklah berbalik kepada point sebenar
kertas exam yang paling aku takuti aku lepasi hari ni..
nak tahu perasaan aku??
jeng jeng jeng!!!!! HAPPY!! lebih baik suka daripada benci lebih baik setia dari iri hati.. lalalalalalalalalalalalalalalala janji kita??? HAPPY!!!!!


doakan akudan rakan rakan aku dapat jawab exam paper yang ditakuti seterusnya hari selasa minggu depan ye!

Monday

takde tajuk sebab aku penat

pernah kau rasa perlukan sokongan tulang belakang tak??
tak.. bukan sebab kau seorang penghidap sakit tulang belakang sebab kau memang perlukan sokongan..
tapi kau yang bukan penghidap sakit tulang belakang..
perlukan sokongan tulang belakang.
aku rasa aku perlukan sokongan lah..
DAH SEHARIAN AKU DUDUK DEKAT KERUSI UNTUK STUDY
TETAPI TETAP TAK HABIS2 LAGI!!!!!!!!

sangat2.. ahhhhhhhrrggghhhhh!!! aku rasa dah macam nak botakkan kepala
tapi.. bila fikir balik.. nanti kena guna rambut palsu.
kena keluar duit pulak.
eh! berdosa kot pakai rambut palsu.. ok! tak payah botak.


yerlah.. aku rasa aku nak cari sokongan tulang belakang..
baiklah.. aku pergi!!!





tuhan.. permudahkan aku menjawab semua soalan..
jangan kau berikan sifat lupa..
bukakan hatiku..
tenangkan hatiku menjawab soalan nanti..
amin~~

Saturday

AKU NAK BELA HANTU!!

Pernah tengok orang kena rasuk??
Ada tak orang yang mintak dirinya dirasuk??
Aha!!!!
AKU SEKARANG NAK SERU HANTU!
SURUH RASUK UNTUK BACA BUKU.
Kira macam nak bela hantu buku lah!!!
Aku nak guna dia bila aku rasa malas gila nak baca buku
Bila aku rasa annoying gila dengan buku yang tak habis habis
Even dah nak masuk seminggu aku baca tak habis habis!!

So.. hantu asyik buat dosa kacau orang je kan
Apa salahnya kali ni buat amal jariah rasuk orang untuk ada banyak
Tenaga untuk baca buku!!



GILAAA!!! Suka mengarut bila emosi dah tak betul tyme2 exam tiba!

Wednesday

baca buku ke bercinta?

”Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta..”
Ahhh!! Stupid betul aku jatuh cinta lagi!!
Kali ni jatuh cinta dekat awal ashaari!! HAHAHAHAHAHAHA!!

Macam mana boleh jatuh cinta??
Aha!! Disebabkan takde benda nak buat
Tengok cerita syurga cinta banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak (tengok betapa banyaknya) kali
Sampaikan jatuh cinta dekat awal dan kalau
Aku tengok lagi sekali aku boleh jatuh cnta
Dekat heliza pulak!! HAHAHAHHA!!
HELIZA KAMU SANGAT CANTEK!!

Tengoklah cerita tu banyak banyak padahal kau ada 4 paper lagi kau tak duduki.
Tengok lah!! Jangan tak tengok!! (ini adalah kata kata syaitan yang sedang menghasut)


”kalau orang yang saya sayang terpaksa pergi janganlah terlalu bersedih..anggaplah dia sebagai orang yang pernah membahagiakan saya dan saya redha..”

Ini yang aku cuba lakukan sekarang..(sudah sudah lupakan mood sedih!!)


”kamu dan dia berpandangan terus menusuk ke kalbu....”

Pernah terjadi tetapi dia sudah pergi.. ohh..sila lupakan kisah sedih ini..



Tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah tabah.. kata kata semangat untuk diri sendiri.. tabah berbeza dengan MODEL TABA!!!


entry sudah habis.. pergi baca buku sekarang!!!!!

Tuesday

semoga kamu bahagia wahai insan yang ku cinta..

Hari yang menggunakan angka 3 sebagai keramat telah aku lalui dengan sangat bagus!!
Yeahhh!! Amalina wahida memang sangat bagus!!
Syabas amalina!! Syabas!!! Sudah sudahlah puji diri sendiri weyh!!
Kalau kita tak puji diri sendiri nak tunggu kau orang puji aku??
Ohh.. aku menangis keluar air mata susu (kenapa mesti susu??) pun tak dapat nak dgr kau orang puji aku kan. Oleh yang demikian, biar aku puji diri sendiri!
Bagus amalina!! Ini yang kita mahu!!
Ok cukup! Entry ini sepatutnya ditujukan khas untuk sepupu tercinta yang sudah bersuami..

Abang remy!! Dengar sini kamu kena jaga sepupu tercinta saya dengan baik.
Kalau kamu cederakan dia saya tidak akan berfikir walau sesaat untuk pukul kamu dengan kayu!!!

Melihat sepupu yang tercinta berkahwin cukup mengharukan.
Teringat zaman kecil2 dahulu.. kamu panjat pokok ciku saya makan ciku dibawah kerana saya tidak pandai panjat pokok.

Melihat sepupu tercinta dinikahkan cukup menghibakan.
Teringat kepenatan aku ketika bermain polis entry one to jaga polis mati pencuri jaga bersama kamu, adik kamu, saya, kakak saya, serta arwah abang yan penat mcam nak mati tak cukup nafas kerana lari tidak mahu jadi pencuri. Kawasan permainan yang sepatutnya hanya kira2 5 cm (tipu! Sangat kecil) bertukar menjadi satu kampung. Gila!!! Aku rasa macam nak mati masa main ni. Last2 aku masuk rumah aku tidur. Hahahahahaha!!!

Melihat kamu disandingkan.. saya teringat kita berlima(kamu, adik kamu, saya, kakak saya, arwah abang yan) bermain saidina sampai pagi. Bermula dari lepas isya’ sampai lah ayam berkokok kita main tak henti2. kamu jaga bank kerana kamu cekap mengira ketika itu. Kami semua bodoh (kami semua pandai Cuma nak bagi kamu can) mengira ketika itu. Lepas subuh kita semua tidor sampai maghrib.

Melihat kamu potong kek. Teringat betapa saya dan kakak tidak mahu balik rumah bila kamu dan adik kamu holiday dekat rumah arwah nenek. Memang sampai menangis melutut saya tidak mahu balik rumah sebab nak main dengan kamu dan adik. Ahh!! Sangat sangat banyak kenangan!

Melihat kamu berpakaian pengantin.. saya terimbas kembali segala kenangan kenangan dahulu ketika kecil. Melihat kamu menangis selepas akad nikah. Membuatkan hati ini sebak. Saya, kakak dan adik kamu berpandangan dan kami tidak berani kelip sebab tak nak air mata tumpah.

Ohh.. saya memang rasa kehilangan. Lagilah adik kamu yang dah macam kembar kamu. Dan kakak saya.. hmmm... ok! Dah speechless sebab teringat zaman kecil kecil sekarang ni. Terharunya!! Sebak!! Sebak!! Neee nooo neee nooo (bunyi ambulans mintak bantuan)

Selamat pengantin baru khas buat farah ain dan Muhammad ramesh
(ohh!! Keluarga kami sudah mempunyai ahli keluarga campur!! Yeaaahaaaa!!)

Pss.. nanti aku upload gambar.. gambar still dalam camera..