PENGIKUT

Monday

speselnya tentang aku..52 tahun merdeka


bergambar adalah perkara wajib

nampak kan?? beza kulit dengan baju?? ketara hitam!!


tugas kami di sana.. buat human alphabet ni n menyanyi sekali


kenderaan yang menjadi pilihan..kesian bus IPTHO tak terpilih.. walaupun ada bus yg macam
roller coaster tetap nyenyak tidur


beg yang ada antenna.. bip..bip.. leh bluetooth nih..macam kura2 pergi tabika kan??
(abaikan beg biru tu)


kaki lima yang gila kentang nyenyak tidur.. buktinya.. hahahha


panas!! srius.. kalo tak takde lah sampai pakai pom pom tu kan??


tadaaa!! lihatlah hasilnya?? hitam kan?? tatau
beza arang ngan kulit muka

tetap maintain bergambar

tag yang perlu dijawab dari suhaila
1. perasaan kamu semua b4 g merdeka
sebelum g merdeka aku rasa malas gila nak g.. sbb banyak gila kerja.. dan aku sgt homesick time tu..(sekarang pun sama je)

2. korang dok dekat tingkat bape huh dekat putrajaya
aku dok kat tingkat atas sekali.. kau budget pan house ke?? Ko tau tak.. bathroom kat master bedroom takde pintu.. kau nak membuang kau kene mengadap tingkap yang gila besar nampak apartment sebelah kau tahu??

3. tido alas per?
aku rasa mcm tak berguna je alas dia bagi.. lagi tebal selimut aku kau tahu.. sakit tulang belakang tidur sejuk2..

4. macamner baju yang korang dapat/
baju aku no komen.. sebab aku mmg tak kisah pasal baju.. asal berbaju sudah..

5. ada tak kena maki ngn pak ngah?
memalukan pangkat angah jerk.. aku angah gak kau tahu.. gila.. asyik maki jerk keje dia..

6. sape anak2 buah pak ngh yang paling korang ingat?
aku ingat yang seksi tuh.. suzie rasanya..pastu aku ingat laki yang seksi tuh.. wahid.. lepastu paling tak lupa.. ”AWANG!!!TIUP!!”

7. pengalaman paling manis
aku rasa.. merdeka 50 tahun ni memang manis..

8. pengalaman paling pahit
pahit.. sebab penat.. len2 aku tak kesah.. sbb sumenya pengalaman..

9. korang tidor dalam masid negara or dekat lua 2(masa pagy2 buta2)
aku tido kat luar.. luar lgi.. 5 hari pertama aku tido kat kaki lima.. ade gamba kaki lima kat atas tu.. 5 hari seterusnya aku tido kat kaki lima gak.. tapi ade marmar.. spesel sikit kan.. tido mcm tido kat tilam slumberland+vono++ smpai mimpi2 beb!

10. bus pe yang korang slalo nek dary putrajaya ke kl
bus seperti gambar di atas.

11 kalo dapat g lagy sekali nak x?
nak!!! Muktamad tiada talian hayat

12 baju pak ngah warna ape yang plg korang ingt
kaler pink panther.. masa ni dia paling hot!! hahahha

13 prop pe yang korang plg suker!!!
roti kirai..boleh ketuk pale orag bawah ngan atas.. hahahah

14. taun biler korang g wat persembahan & tempat
2 tahun lepas.. 50 TAHUN BEB!! GOLDEN YEAR!!

14. sape yang perlu jawab tag ni
semua yang bace n ade blog.. yg takde blog.. sila buat blog sekarang..





































kau sudah besar..sudah sampai masanya


gembira kan hamba ALLAH kat atas ni??

memanglah.. dia kat rumah ibu bapa ketika ini..

senyuman itu akan hadir bila dia berada di rumah.. disamping keluarga..

tapi.. sekarang...

hamba ALLAH kat atas tu dah balik maktab semula..

senyuman telah ditinggalkan di sana..

dia kembali ke tempat dia menuntut ilmu...membalas jasa ibu bapa..

tetapi..hatinya masih dirumah walaupun jasadnya berada di sini.. di bumi IPTHO ini..






semoga aku tak
terlalu homesick..

Saturday

sila baca..aku memang excited gila

ha!!
betul-betul aku excited + teruja+ excited+teruja+excited+++++++ (haahaha!! 2 bahasa ni je aku lancar untuk menerangkan aku teruja+excited)

okeyh! nak tahu kenapa aku excited?? heh!! sabar.. aku nak cerita lah nih.. heh! sabar..sabar ye..jangan tarik-tarik baju ok??

1) semalam aku tidur pukul 4 pagi tepat!! baiklah excited xsignment dah siap!! JUTAAN TAHNIAH untuk aku..

2) xcited sebab bangun sahur lambat dari orang lain.. hahahahah!! diam! bairlah aku excited sorang-sorang..

3) tengah makan, mak kata tahun ni raya 1st kat kg mak!! baiklah aku memang excited!! terus makan laju2.. minta2 semua pakcik yg bagi duit raya 'besar' balik sekali tahun ni!! ehe.. mata duitan.. sila angguk..

4) tengah makan tak habis lagi(mcm mana kau nak kurus ni?makan tak habis2?).. mak kata ayah ajak pergi shopping hari ni!! SHOPPING???!!! waaaa... aku memang teruja + excited dengan perkataan tu!! semangat gila aku makan sahur pagi tadi..

5) jangkaan shopping keluar dari rumah pukul 10.. tapi lepas sahur aku, along, apip, wani, ahmad pergi bergurau senda sampai pukul 7.30.. selepas itu kami semua tidur dengan nyenyaknya.. sampai terkejut ngan suara bising mak aku suruh bangun!!!! bangun!!! ayah aku dah hon2!! kereta.. baiklah.. haru biru kan?? dengan cepatnya, kami semua siap pukul 10.30!! perghh!! kami memang TERBAEEKKK!!

6) okeyh.. shopping2 dengan asyiknya.. baju, seluar..hmm... ha! itu jerlah belinya kot!! hahahahah!!

7) okeyh!! start satu cerita kelakar plak.. cepat!! kau kena gelak dahulu!! cepat!!sekarang!! (ok! kejam mcm ni)

aku pergi tengok satu kedai ni.. kedai kain baju kurung.. saje je lah tengok kain corak batik... lepastu ayah kata.. pilihlah nak yang mana.. aku dengan pantas masuk terus dan pilih!! hahaha!!

ok.. masuk sorang2..tak tahu lah kedai tu pekerja dia bangladesh ke pakistan ke apa kan.. dia pun suggest2 lah kat aku macam2 kain bercorak batik.. aku pun jalan2 dalam kedai tu. ha!! jumpa! tunjuk kat ayah, mak, along.. semua angguk! ok! kain ni angkat!!

baiklah.. kene beli lining.. kain tu jarang.. mamat yg suggets2 kat aku tu bwk aku pergi tempat lining2 yang tersedia di situ.. aku pilih2.. then dia pun nak gunting.. aku tunggu lah dia gunting..

lepastu masa tengah gunting2 kain lining tu.. dia pun tanya aku..

" how old r u 'adik'?" (aku tak dpt nk describe kat kamoo semua muka dia tanya aku tu mcm mana..tapi aku rasa muka dia macam lain macam je)

"i'm 20" dengan bangganya aku cakap! ceh! tua lah kau..

"what's ure name?" dgn muka masa 1st2 tadi.

"i'm amalina.." ok! aku dah rimas skrg ni.. kedai dia takde aircond ke??!!

" so u r study 'adik' ? dgn muka yg mcm tu gak

"yup i'm study.." aku buat2 tgk kain lain sebab dah mmg rimas gila.. aku rasa nak jerit kat along yg tengah tunggu kat kaunter.. apesal dia panggil adik tu mcm lain macam?

"so, that's ure father n all them ure sister n brother?" sambil dia pegang2 kain dia gunting tu

"yup2" masih senyum.. tapi masa ni aku dah nak mencarut dah.. bapak lama dia gunting kain 2 meter je pon!!

" u said u r 20..but ure look not like 20.. i thought u r 18 or something.." dia ckp lagi.

"owh..really" aku juz senyum..sbb masa ni dlm hati 'apa dia nak sebenarnya ni?? bagi kain yang dah gunting sudahlah.. pastu aku blah tgk kain lain.. kak aku dtg.. agak2 dia mcm hidu something fishy kot..

"amalina, this ure kain, 2 meter 10 ringgit 1 meter 5 ringgit.." dia tunjuk kain lining yg dia gunting bapak lama tuh..

aku mcm tak dengar apa dia cakap.. tapi aku angguk jerk..then senyum..pastu pandang kak aku sambil buat muka " mamat bangla ke iran ke pakistan ni MENGORAT angah tadi..asal kau tak dtg cepat2??" pastu aku pergi dekat kak aku..

lepastu bapak lama nak bagi baki duit.. aku dah takut kot.. nasib r..adik aku teman tunggu baki.. pastu satu family dtg kedai tu..

apa kau gelak-gelak? hahahhahaha!! okeyh2 aku benarkan kau semua gelak. sebenarnya, banyak lagi yang mamat tu cakap kat aku yang membuatkan aku rasa tak sedap hati tapi aku dah lupa apa dia cakap.. tapi.. jangan risau..aku selamat!




rugi aku tak bergambar ngan mamat tu..
boleh publish kat sini..
HAHAHAHAHAHHAHA!!

(aku tak nak pergi kedai tu lagi..takut!)

Thursday

nampak perubahannya (short version)

aku rasa..aku dah kurus sikit lah.. sejak menjak ni aku rasa aku dah kurus sikit!!
apa kau gelak-gelak??!! aku kata aku kurus sikit aku kurus sikit lah!!
cepat angguk tanda setuju sekarang!!!

kau tak percaya eh??

mari aku bawak kau..kamoo..anta..anti..antum..antunna.. anda.. hang..depa..
lihat apa yang membuatkan aku kata aku dah kurus sikit (cepat angguk!!)


1) seluar sukan yang aku pakai mula melonggar.. apa kau gelak-gelak?? walaupun aku tahu seluar tu dah memeri.



2) aku dah boleh tidur sambil bersila sambil berbaring kat kerusi one seater mak aku kat ruang tamu sambil tunggu waktu sahur semalam (kau try r..best woo tidur gaya macam ni)


3) hahahahahahhahahaha!!! itu je perkara yang membuatkan aku rasa aku dah kurus sikit








Sunday

apa yang bezanya, masa kecil dan masa besar

mari lihat serba sedikit senarai perbezaan yang dapat aku temui sepanjang semalam..


1) masa kecil dahulu..aku rasa solat terawikh tu sangat lama..sampaikan aku boleh tidur
masa besar sekarang.. aku rasa solat terawikh tu kejap je.. walaupun kau buat 20 rakaat(heh! kau jgn berlagak boleh tak?)


2) masa kecil dahulu.. aku ingatkan solat terawikh ni memang 20 rakaat..
masa besar sekarang.. aku dah tau solat terawikh boleh buat berapa yang kau suka dan aku sudah mula memendekkannya..


3) masa kecil dahulu.. aku rasa waktu nak tunggu berbuka..lama gila.. sampai aku rasa boleh gila
tengok air keladi kat bazar ramadhan..
masa besar sekarang.. aku rasa macam tiba-tiba je dah azan maghrib.. (heh!! boleh tak jangan berlagak??!!)


4) masa kecil dahulu.. aku tak tahu apa yang aku buat untuk habiskan waktu sambil menunggu berbuka puasa..
masa besar sekarang.. aku rasa aku macam buat benda berfaedah sambil menunggu waktu berbuka puasa..


5) masa kecil dahulu.. lepas sahur aku akan tidur dan aku akan cari alasan untuk tidak pergi ke sekolah..
masa besar sekarang.. aku akan tidur jugak setelah setengah jam sahur.. dan aku tak okeyh diulangi tidak dan tidak mencari alasan untuk tidak ke kuliah..


6) masa kecil dahulu.. okeyh!! cukup lima perkara jerk.. ini edisi limited!! muhahahaha!!!

Thursday

~~ahlan wasahlan ya ramadhan~~

merujuk kepada tajuk.. bahasa bestnya..according to the title..based on the title.. sudah! diam..
okeyh.. dulu-dulu masa form 3 selalu lah bahasa (merujuk kepada tajuk) lancar di lidahku..
(wa.. ustazah adibah anda guru bahasa arab yang terbaikk!!)

tik..tok..tik..tik..tik..tik..tok
bunyi jam dinding dirumahku..
tik..tok..tik..tik..tik..tik..tok
masa terus berlalu..
okeyh!! sing the song wit me!!!

baiklah-baiklah.. merujuk kepada tajuk(lagi sekali) sedar tak sedar..diam..tak diam..bising tak bising..main..tak main.. sudah! diam.. lagi sehari je umat islam akan menyambut ramadhan..
aku pernah bagitau kat kau..beliau..anda..kalian..depa..hang..kamoo semua kan bulan ramadhan adalah bulan yang aku nantikan..(sila buat muka percaya sekarang!!!)

yerlah.. aku memang suka bulan ramadhan..
serius!! aku memang suka!!!
(padan muka setan kena rantai!!)
alhamdulillah..
aku bertemu dengan ramadhan tahun ini..

"eh angah asal kau macam kurus ni?"

dialog kakak aku yg selalu cakap macam tu bila bulan puasa..(aku tak suka dengan perkataan macam tu kerana ia seakan tak ikhlas)

"kau dah gemok balik lah angah"

dialog kakak aku dipagi raya lepas aku makan lontong dan kuah lodeh.. tiada perkataan macam kerana ia adalah kutukan ikhlas)

ah!! (sila jerit dengan kuat) tak kiralah apa yang jadi... aku tetap nak cakap


ahlan wasahlan
ya ramadhan al mubarak..
(buat kaler biru baru nampak damai)
SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN ALMUBARAK..
UNTUK KALIAN-KALIAN SEMUA YANG AKU SAYANGI..(Aku tak tipu lah..betul aku sayang kamoo semua)

Tuesday

carilah aku kat sini..

hye kamoo-kamoo semua??
rindu cikgu tak??( eceh!! sejak bila sudah menerima profesion anda ni??)

baiklah-baiklah.. aku yang rindu sebenarnya.. (cepat mengaku kamoo semua rindu kat aku sekarang!!)

untuk pengetahuan kamo-kamoo, kau, anda, beliau, saudara, saudari, tuan, puan dan segala mala nya... aku berada di SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG, KEDAH sekarang..
oleh yang demikian(eceh!! penanda wacana kot!) keaktifan ber blog, ber muka buku, ber frenster, ber ruang aku (my space) agak tidak ada masa...(ini pun curi masuk ke dalam pusat akses sek)

jangan risau.. nanti cikgu berikan refleksi kepada murid-murid semua(kesalahan tatabahasa) ye!!

nantikan post seterusnya!! buh bye!!

tengoklah..jangan jeles sudah..

kamoo semua masih ingat lagi subjek numerical literacy??
untuk pengetahuan umum aku dah dapat xsignment pertama untuk subjek nih.


yer.. tepat sekali subjek yang aku boleh menconteng-conteng masa lecturer tgh lecture!
yelah-yerlah.. mengaku bukan conteng..tapi bercinta.. tulis-tulis nama macam budak nak ambil spm dulu..(heh! dh lama dah aku tinggalkan kenangan spm)





berbalik pada xsignment yang diberi..


dengan berpasangan..sambil berpegangan tangan.. oit2!!! bukan!! bukan!! berpasangan, anda diminta untuk membuat satu poster atau brochure mengenai kesihatan (aku tak tahu apa kaitan numerical dengan healthy)





okeyh!! sila saksikan apa yang terjadi.



jlnjalan dulu pergi beli barang..(ceh! padahal gambar meronggeng nih!!)

makan-makan dulu..(heh!! gambar nih lagi??!)


mari!! buat kerja!!



(abaikan kaki dan tangan yang tertonjol)




lagi..


okeyh.. berehat sebentar bersama ini!!








nyum!!!nyum!!nyum!!!


(semua coklat ek..sebab kami berpasangan memang gila coklat)





*sakit perot bila makan benda di atas melebihi had*



akhirnya!!!! taraaaaaa!!!!


cantik tak?? cantik tak?? cantik tak??


(cakap cantik sekarang!!!!)


* terima kasih atas kerjasama yan diberikan.. maaflah.. gambar-gambar bersama tak dapat di masukkan kerana ketika membeli barang kita tak ambil gambar sesama.. tapi!! cekid out bawah nih!!



inilah pasangan aku yang berpegangan tangan

menyiapkan poster yang aku rasa CANTEK GILER!!!

(lagu bangga berkumandang...lalalalallala~)

*dah2!! aku nak tido.. (nak mimpi indah lagi.. hehehhe)

Saturday

~~I WANT YOU TO BE MY WIFE~~

iklan!!! iklan!!!
yeah!! sehari suntuk dari pukul 10.30pagi sampai pukul 8.30malam saya di shopping mall!!
hebat tak?? hebat tak?? hebat tak?? lalalalala~~(lagu kehebatan berkumandang)
memang aku tahu aku memang suka shopping.. dan memang tak boleh dibendung..(baiklah lelaki-lelaki kaya sila pinang saya)
shopping perkara yang paling best nak dibuat bila weekend.. bukan itu sahaja.. boleh meningkatkan metabolisme (perhatian kepada semua yang hendak menguruskan badan!)
baiklah..malam semalam.. alah, maksudnya malam sabtu lah..ala...malam semalam.. kau dapat bayangkan tak malam bila ni?? malam semalam lah.. okey-okey aku rasa kamoo semua dah cukup bijak nak bayangkan malam yang aku maksudkan..
berbalik pada malam yang aku maksudkan.. aku mimpi indah+BEST+RASA TAK NAK BANGUN DAH dan semua sekali..
4 the first time untuk tahun ini.. aku mimpi prince charming sebanyak 4 kali..
adeyh-adeyh mesti konfius kan sapa prince charming..sape pula prince frog kan??
prince charming adalah orang yang digilai ramai.. prince frog pula orang yang aku tak tahu siapa gerangannya.. (mesti kau semua pening kan..)
berbalik pada mimpi itu..
aku kat sebuah tempat.. tak ramai sangat orang.. tapi ada DIA..ada AKU..
aku pergi kat dia then tengok dia buat kerja..(entah kerja apa entah)
then.. he want me to be more closer.. lepastu aku pergi lah..
then he said..
" boleh tak kalau awak suka dekat seseorang..awak luahkan je sebelum terlambat"
(aku rasa nak mencarut je masa dia serang aku ni)
lepastu aku reply..selepas berfikir..(mesti r berfikir.. nanti salah cakap melepas babe!!)
" pernah awak bayangkan kalau awak beritahu kat orang yang awak suka tu awak suka dia..tapi dia tak suka awak? saya ni jenis yang tak suka biarkan hati saya disakiti.. lebih baik saya jaga hati saya dari disakiti.." (eceh...emosi kot)
selang beberapa minit..lalu prince charming itu berbisik padaku..
"i want you to be my wife" (what???!!!!!!)
okey-okey in that dream aku memang pandang dia macam tak berkelip dan kau nak tahu aku cakap apa kat dia??
" TIPUUUU!!" (baiklah tak sopan kerana aku menjerit)
then he said to me again..
" saya sayang awak.. dah lama dah" (auwww!!! suke2!!!!!rasa nak lompat time tu jugak)
then aku tetap tengok dia tak berkelip.. then dia angguk dan senyum kat aku sebagai tanda apa yang dia cakap tu adalah benar.
.
dan last part mimpi tu..
AKU TERSENYUM DENGAN PENUH BAHAGIA!!!
lepastu aku terjaga!!! (nak menangis masa terjaga ni.. rasa nak hidup dalam mimpi selama-lamanya..)


kau nak tahu tak.. prince charming ni dah hadir dalam mimpi aku sebanyak 4 kali dalam tahun ni.. masa mula-mula aku mimpi dia.. serius aku persetankan (setan??!! lariii!! tak nak masuk neraka) je.. sebab bagi aku mainan tidur je..
2nd time aku mimpi dia kejar aku.. aku lari!!
3rd time mimpi dia teman aku berjalan dalam satu rumah usang..dan ketika itu aku didalam
pertandingan treasure hunt (serius macam bengong mimpi ni)
yang keempat kali adalah malam semalam.. (best gilerrr!! mimpi yang nih!!)
kau rasa.. mimpi aku
akan jadi kenyataan tak?

Friday

ape dah jadi dengan kau ni..

cukup-cukuplah tu..
kau ni dah angau ke??
tak sudah-sudah pasal dia dia dia dan dia lagi..

kau dah tahu akan sakit hati..
kenapa kau nak jugak buat benda yang sama.
cukup-cukuplah tu..

aku tau lah kau teringin dan nak sangat nak dengar suara dia..
alah.. contoh macam kau nak sangat tahu rupa i-phone tu macam mana bila tengok yang real (bayangkan yang kau ni memang tak tahu i-phone tu apa)
tapi kau hanya boleh tengok gambar je.. serupa macam tu lah..

"eleh.. kata dah tak nak fikir..kenapa kau asyik cakap pasal dia je?"

haipp!!! siapa yang bersuara sumbang yang bercakap tu?? mari aku stapler mulut dia hidup-hidup!!

"eleh.. kata dah tak nak ambil tahu..apesal wallpaper laptop kau gambar dia?"

mana dia yang buat fitnah tu??!!! mari aku sunat dia lagi sekali!! cepat!! (bayangkan aku bermisai dan sedang memegang pisau lipat)
aku dah tukar wallpaper lah!!!





tolonglah.. diriku sudah larut(cepat!! dengar lagu larut dari dewa sekarang!!!)

Thursday

membebel lah sesuka hati kau

hari ni amalina wahida nak membebel sesuka hati dia..
apa kau ingat amalina tak pandai membebel??
kalau aku dah membebel mak aku pun leh surrender tau..
bukan setakat surrender siap pas bendera putih kat aku lagi..

mungkin.. mungkinlah.. aku dah okeyh sikit kot..
yelah.. sejak dua menjak tiga menjak nih aku agak down..
apa ko ingat down town je boleh guna perkataan down??
hidup pun ada up and down tau..

mungkin kan aku kata..
nanti kau cakap aku cakap tak serupa bikin pulak..
sampai ada suara-suara sumbang menyatakan hasrat hati memetik bunga di taman larangan.. oit2!! bukan-bukan.. sampai ada suara-suara sumbang berkata

"ele..kata dah tak down apesal ade entry air mata lagi?? "

apa2??!! ingat akademi fantasia je ke boleh guna adegan air mata?
aku pon boleh lah.. lagi hebat dari fasha sanda dalam cite yang dia berlakon kat kolej lagenda tuh.. asyik-asyik nangis.. lawan r mak tiri dia tuh! bengang aku cerita-cerita berunsur kene dera nih! tapi aku tak nangis pasal mak tiri tau! kalau ayah aku menduakan mak aku.. tahulah aku nak buat apa!! choi2!!! kau jangan nak mengarut amalina.. aku stapler mulut kau hidup-hidup nanti lagi horrow dari kene jahit macam cerita LONG KONG kau nak??

kan aku kata aku dah okeyh sikit.. mungkinlah..mungkin je..sebab aku bertani tadi..
apa kau ingat aku yang suka menjahanamkan tanaman dan pokok bunga ros mak aku ni tak pandai bercucuk tanam ke?? aku pandailah.. betull.. nanti aku tunjuk bukti kalau kau tak percaya.. tapi nantilah bukan sekarang.. sebab.. aku malas nak upload gambar..

apa?? kau ingat aku pemalas ke?? bukan lah.. wifi disini tidak mengizinkan.. entry2 yang takde gambar sangat laju.. kau cuba tengok entry-entry aku yang ade gambar?? berterabur kan macam rambut kau yang tebal dan tak basuh seminggu serta tak sikat kusut masai.. masai?? oho.. aku teringat classmate aku yang berasal dari masai johor bahru..

"hoi!! kenapa kau membebel banyak sangat ni amalina??"

biarlah..biarlah.. ni kan blog aku.. suka hati aku lah nak buat apa..
biarlah.. biarlah..

kau nak tahu tak ape sebab aku down sejak dua menjak tiga menjak ni??
macam biasalah..mesti kau.. kamoo..awak.. anta..anti..you..you all.. semua dah tahu..
aku dah bagitahu kan kelemahan aku.. yerlah sebab kau kau kau semua lah..

mungkinlah.. mungkin.. aku dah ok..
aku rasa aku nak persetankan (setan??!! waaahhh!! lari2!! nanti kalo ikut dia masuk neraka) je apa yang meresahkan aku.. yerlah..takkan lah benda-benda kecil yang entah hape-hape boleh menggugat kehidupan aku.. eh2!! kau nak tahu tak.. aku ni kental lah!! aku hebat!! aku kuat!! takkan lah aku boleh luak dengan apa yang kau kau kau dah buat kat aku..
aku tetap aku.. dan aku tahu siapa aku..
buatlah sesuka hati kau kau kau selagi kau kau kau happy..

aku tetap aku..
dan aku tak sabar nak tunggu ramadhan..
lagi 15 hari nak ramadhan.. memang! aku sangat excited
yerlah.. semua SYAITAN kena rantai..(padan muka kau SYAITAN)

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

Wednesday

buku aku dan kamoo-kamoo semua dah bertukar

kau nak buku yang mana?
ha.. pilih-pilih mana-mana buku yang kau suka..
apa kau ingat ni pasar lambak? boleh pilih-pilih??!!

nisfu sya'ban baru je masuk..
aku teringat nenek aku (orang jawa panggil nyayi<--aku tatau eje sebenarnya macam mana)
nenek aku selalu tanya mak su aku..

"hari ni berapa haribulan na?" (na adalah singkatan kepada ROHANA nama maksu aku)

"dah 14 sya'ban mak" mak su aku jawab..

dan nenek aku pun meng angguk-angguk tanda dengar..

aku kagum lah.. orang-orang tua mesti takkan lupa bulan-bulan islam..
aku ni ha.. seakan-akan hayal dengan kalendar matahari tuh!
nasib baik ada medan-medan (seperti kalendar islam) dan kawan yang mengingatkan aku tentang hari ni berapa haribulan dalam islam..

'kenapa kau cepat hayal amalina!! bangun!! ramadhan dah dihadapan pintu'

apa yang telah kau lakukan didalam buku amal mu yang lama??
sentap! duduk berfikir..




owh TUHAN... aku alpa..
aku mahu amal ku bertambah..
dosaku berkurang..
pelihara aku..
supaya aku tetap disampingMU..

Tuesday

dugaan..dugaan..dugaan..jangan kau menangis hanya kerana dugaan..

setiap kesulitan pasti ada kemudahan..

aku rasa sangat susah dan sulit..

malu lah nak beritahu kamoo semua..

ye.. memang aku sangat sedih.. aku sangat kecewa sekarang..

aku harap masa akan berlalu dengan begitu pantas..

supaya aku kembali ke masa gembiraku..

mesti kau tak suka baca entry aku sekaran kan..

yelah..asyik buat kamoo semua dalam mood sedih je..

ini adalah medan untuk aku meluahkan..

hati aku kosong..

dengan dugaan semalam yang aku berjaya tempuhi..

berita hari ini yang baru sahaja membuatkan hati aku bertambah kecewa..

ujian akan datang yang bermain-main dalam kepala aku..

sekitar ku yang semakin hari semakin menyesakkan..

perasaan ini yang sehari-hari memualkan..

jiwa aku kosong..

KAU MAHA TAHU..AKU SERAHKAN KEPADAMU..

aku berjanji..

akan aku lalui apa yang KAU bentangkan padaku ini

sebaik mungkin.. ku mohon...

KAU mendengar rintihanku.. redhai aku supaya dekat denganMU..

beriku kekuatan-MU

~ LA TAHZAN amalina..la tahzan~

hari-hari yang men 'down' kan aku..





perkara yang paling men 'down' kan aku adalah berkenaan dengan ini..

tolonglah jangan bagi aku bertambah down...





1) aku akan menangis kalau xsignment berlambak-lambak..





2) aku akan menangis kalau aku tak dapat balik rumah bila aku nak sangat balik rumah..





3) aku akan menangis bila orang lain cakap benda tak betul tentang diri aku..





4) aku akan menangis kalau kau pergi jauh dari aku..





5) aku akan menangis kalau mereka menanges..





6) aku akan menangis kalau lihat orang yang susah..





7) aku akan menangis bila tengok cerita yang berunsurkan keluarga, ibu bapa, anak-anak kecil dan ibu-ibu.. (rindu kat mak aku!)





8) aku akan menangis bila aku rasa nak menanges..





9) aku akan menangis bila henfon aku rosak..





10) aku akan menangis bila barang yang aku sayang hilang, rosak atau orang pinjam tanpa kebenaran..(lebih kepada marah sebenarnya)





11) aku akan menangis bila........ opss!! sudah cukup! nanti kau kata aku ni mengada-ngada.. benda kecil pon aku boleh menangis..




kadang-kadang tangisan menginsafkan aku..
menjadi diri aku supaya menjadi yang terbaik..
untuk diri aku...harapan aku...
kehidupan aku kelak..
*amalina..kau kuat!!

Saturday

hari diri aku yang sebenarnya

apa yang kamoo semua buat pada setiap hari minggu pada tiap-tiap bulan??
alah, kau tak payah tipu aku sebab aku tau apa yang kau lakukan adalah tidur, bangun dan makan kan?? (dah tak payah nak bagi alasan!!)

kamoo semua perlu mencontohi aku (dalam nada riak!) kerana pada 1 ogos yang lepas pertama kalinya aku tidak tidur dan makan sahaja...(bocor rahsia)

cekid out apa yang jadi masa hari sabtu bersamaan 1 ogos yang lepas..














ini adalah aksi-aksi mereka-mereka yang menjadi benteng pertahanan.

*eh! anak siapa yang macam starfish tuh??*








gambar player before match dan penyokong yang hadir..
*ada AISYAH kat dalam gambar di sebelah..(takde maknanya aku nak tunjuk..cari lah sendiri!!)






antara penyokong yang hadir.. (suka.. AISYAH pun datang sokong kami semua!)
*carik sendiri AISYAH tu yang mana (berkata sambil menjelir lidah)
walaupun ada perkara yang tak berapa nak sedap didengar dan kami mengalami kekalahan.. tapi aku sangat puas hati dan aku enjoy.

*selama ni aku rasa aku dah tinggi..rupanya ada yang lagi tinggi dari aku.. dan aku menjadi gentar bila aku pendek ditepi orang tinggi tuh! huh!
(weyh budak tinggi!! pergi potong kaki sekarang! aku tak suka lah orang lagi tinggi dari aku!)