PENGIKUT

Thursday

senarai aktiviti yang tak perlu kamoo lakukan

**sebelum aku mentype banyak2.. jangan simpan dalam otak apa yang tak perlu disimpan lepas kau semua baca**

semua orang pernah bercinta kan?? (macam karangan upsr lah plak intro nih)
ha.. aku pun pernah bercinta (nih lg tak leh blah)
ok2.. tukar intro.. tak perlu intro lah terus kepada subjek (ceh guna subjek lah plak)
ok. tukar kita terus kepada objek yang nak diceritakan.

perkara-perkara (berdasarkan pengalaman) yang selalu dilakukan ketika bercinta

1)bergayut
- memang ini adalah kelakuan yang tidak boleh dielakkan. kau jangan nak tuding jari kat orang lain. kat aku pun jangan. kau tuding jari kat diri sendri. betulkan bila bercinta kau mesti bergayut kan?? sampai patah dahan ciku nenek kau bergayut kan?? ele..tak payah tipu aku eh.. ok2. tak!tak! tak perlu lah bergayut telefon sampai melambung bil talian telefon rumah kau.. benda nih memang tak patut dan aktiviti bodoh yang pernah aku eh kau semua lakukan. betul.. kalau kau tak percaya cuba kau clash sekarang lepastu kau mesti fikir aktiviti ini adalah bodoh.

2) mesej setiap saat
- ini adalah aktiviti yang sia-sia. hentikan perbuatan ini. bukan sahaja sia-sia malah tidak berfaedah. takperlulah bermesej setiap saat sampaikan kau nak berak(ohh.. tak sopan perkataan nih) pun kau bagitahu.. "yang..honey nak berak ni.. yang nk ikut.." jelek lah weyh! tak perlulah mesej setiap saat untuk melaporkan perkara perkara yang useless nih.. kau mesej bila perlu lah. mesej perkara penting je. mesej bila terdesak ke. bukan sahaja jimat malah kau boleh simpan duit nk beli kredit untuk kahwen.. ha.. nanti dah kahwen kau nak melekat sepanjang masa pun aku tak kisah! orang kampung lg tak kesah!!

3)sebelum letak fon mesti ucap 'i love u'
- yer.. aku tau kau memang dah lap2 kat darling2 kau nih.. tak perlu lah nak ucap lap2 nih hari2..oh salah bukan hari2.. tapi setiap saat kau mesej pun kau nak type 'i love u' pastu setiap kali bergayut pon kau nak ucap 'i love u' .. mesti ramai kata memanglah kene ucap sebagai tanda yang kau sayang dia kan?? alah.. kalau kau dah sayang tak perlu ucap setiap saat. lama2 bila kau dah selalu ucap.. kata2 azimat tuh dah jadi tak azimat. kau cubalah try kau sebut 'i love u' tuh hari2. tak percaya kau ulang2 perkataan tuh ikut alunan jarum saat sampai kau kahwin. mesti bila kau sebut kata2 azimat nih "hubby/wifey, i love u" suami/ isteri kau akan reply "oh..(sambil pandang sebelah mata). ha.. sapa yang nak jawab masa tuh?? jadi..mulai sekarang berhenti cakap 'i love u'

4) gadoh sape letak fone dulu
- mesti gadoh kan sape letak fone dulu. "u lah letak dulu.." "ala..u lah letak dulu." hey!! jelak2!!! nak letak letak je tak payah nak cakap2 macam tuh. sampai akhirnya.. yang memutuskan talian adalah kredit yang habis. ha.. padan muka kau nak kena top up lagi. bukan padan muka kau.. tapi kesian mak ayah kau sebab anak bercinta mak ayah yang kena belikan top up.

5) merajuk
-tipulah kalau bercinta tak merajuk. memang baik merajuk nih. tapi jangan lah merajuk sampai pasangan kau tak korek hidung pun kau nak merajuk. kalau kau nak merajuk..kau kene faham dulu merajuk nih maksudnya apa. kalau perempuan merajuk memang comel + cute mute.. tapi kalau lelaki merajuk?? tak payahlah.. tapi..kalau dah menyakitkan hati sangat ada baiknya kau tegur secara baiklah.. tak perlu merajuk. sampai bila2 orang tak faham. lagi lah kalau pasangan kau tuh jenis slow jer kan..

6) cemburu
- ala2.. semua orang perlu cemburu. dato'dr. fadzillah kamsah pun ada pernah cakap cemburu tuh tandanya sayang. tapi jangan cemburu buta. (sebenarnya aku tak tahu nk komen apa tentang cemburu nih)

7) h...
_ok!! cukuplah kan.. nanti lagi banyak aku mengarut lagi banyak yang karut.

** pesanan hikmah (tiba2 serius)
pelihara apa yang kau semua ada sekarang..

No comments: