PENGIKUT

Tuesday

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..

baiklah!! sejak akhir-akhir ni memang suka buat tajuk entry dengan
huruf besar. kalau boleh tanda noktah itu (.) pun nak buat huruf besar
tetapi tiada function capslock untuk tanda noktah (.) itu.

memang.. aku akui aku kedekut nak upload gambar..
eh2.. bukan kedekut.. tetapi apabila dirumah aku akan menggunakan
komputer kakakku untuk melayari internet.. oh!sungguh lengkap ayat melayari internet itu.
komputer kakakku tiada gambar-gambar manis dan candy-candy saya dan keluarga dan
sesiapa sahaja.. oleh itu.. harap maaf.. entry kali ini tidak disertakan gambar.. ele.. macam kau selalu je post dengan gambar. kedekut cakap kedekut! heh!! aku tak kedekut.. okey2 cukup dengan perang hati dan fikiran amal.

back to the entry..
oh!! sudah 3 hari raya..
hari raya pertama.. oh!! pagi-pagi selepas solat aidilfitri bergegas balik ke batu pahat..
kemudian, raya macam nak mati di kampung nenek
saya jumpa kawan baru.. tetapi tidak tahu siapa nama dia
saya hanya tahu dia belajar di bandung.. amik medic.. oh my!!
dia sangat hensem!!(ini tujuan maksud sebenar)
dan adik dia sangat comel putih macam tepung + susu + awan+ +..
dan malamnya kami sanak saudara berbeku sehingga lewat 12 malam..

di hari kedua hari raya kami sekeluarga bergerak balik ke kajang..sangat tak best moment ini kerana saya tidak puas di kampung dan duit raya masih tidak banyak(ini adalah tujuan sebenar)
sangat letih dan sepanjang raya kedua saya tidak berbuat apa-apa walaupun ibu dan kakak serta adik-adik sibuk melayan tetamu yang hadir setibanya kami dari kampung.. heh!! penatlah.. ele.. macam kau seorang je yang penat amal.. ok2.. takdelah tak berbuat apa-apa tetapi nak menunjukkan saya tidak menyumbangkan tenaga sebanyak seperti biasa.


raya ketiga!
semangat nak buat kerja yang sudah di lupakan selama beberapa hari..
berfikir kalau sudah siap boleh beraya sepuasnya selepas itu
buka laptop
ARGGGHHHHHHH!!!
tidak boleh buka kerana bateri kehabisan dan terlupa membawa charger!!
baikklah!!! that's it!!
ini menunjukkan memang AKU TAKKAN BUAT KERJA ITU SEMUA!!!
lantak kau situ!!!


raya keempat.. hmmm.. belum masuk lagi.. hehehe..
ok!! pengumumannya..
AKU TAKKAN BUAT KERJA DAN AKU AKAN
TERTONGGENG BUAT KERJA NAIK CUTI RAYA NI!!
terima kasih para hadirin

2 comments:

cyndaguil said...

hehheh..smua pkt berya ngn asgmnt ek..huhu..btw..km slm la kat mamat yg hnsme 2.. :P

amalina wahida said...

cynda~> ye..mmg raya ngan xsignment! tapi tak buat..charger tak bwk kan..hahaha!! ok2.. insyaAllah, kalo ade jodoh (heh! gedikss!!) tersampailah salam anda tuh! hahahha