PENGIKUT

Wednesday

kau tidur ke kira kambing?

apa kau buat bila kau tak dapat tidur??
menonggeng sambil tutup mata atau kau kira kambing
biri-biri yang takkan habis dan membuatkan kau dahaga
tengah-tengah malam buta sebab mengira kambing yang tak habis-habis??

masa dulu aku kecil-kecil ayah selalu kata
kalau tak dapat tidur baca surah tiga qul dan alfatihah banyak-banyak kali
bukan kau baca bila kau takut hantu je tapi
sepatutnya kau amalkan selalu..
dan memanglah kau mengantok sebab aku memang mengantok
bila baca banyak-banyak kali surah-surah diatas.


tapi..
aku tak dapat tidur lah sekarang..
aku rasa dah nak habis 30 juz (ini hiperbola) dah
tak boleh tidur jugak...


biasanya,
apa yang membuatkan kau tak dapat tidur?
kawan aku kata..
manusia tak dapat tidur sebab dia tak cukup bercakap waktu jaganya..
maksudnya.. kau tak cukup bercakap pada waktu kau aktif di siang hari..
kau suka pendam apa yang kau nak cakap dan membuatkan kau terfikir fikir
apa yang kau pendam tu sehingga mengganggu tidur kau..
tapi.. aku tak tahu kesahihan fakta yang kawan aku cakap ni..
sebab aku tak pernah rasa aku tak cukup bercakap waktu siang.. hahahahah!!


tapi..
aku rasa macam betullah apa yang kawan aku cakap tu
tapi kena betulkan sikit ayat fakta tu..
bukan sahaja kau tak cukup bercakap tetapi
sekiranya kau teringatkan seseorang juga boleh mengganggu tidur kau..
sebab.. aku alami fakta yang aku tambah sendiri tu..


tolonglah
keluar dari kotak fikiran aku..
takkan aku nak kena baca cerita dalam bentuk sepanjang masa
tanpa melakukan apa-apa pekerjaan
baru kau nak keluar dari kotak fikiran aku..


kau ingat tak orang yang aku gelar hantoo tu??
yang aku terserempak kat pasar dan yang
dah huru harakan pembelian aku di bazar pada hari itu..
aha!!
dia yang tak keluar keluar dari kotak fikiran aku ni..


malas betullah layan fikiran yang entah apa apa ni
baik aku kira kambing lagi bagus!!

No comments: