PENGIKUT

Monday

cerai-ceraikan badan lepastu jadikan orang suruhan

tajuk entry berkenaan dengan apa yang ada dalam fikiran aku sejak dua menjak ni.
cerai-ceraikan badan tu bukan bermaksud kau potong-potong badan kau sendiri
sampai hancur lepastu kau buat barbeku diri kau sendiri. warghhh!! apa yang
aku sedang lakukan ni?
oh.. mungkin disebabkan terlalu banyak kerja yang bertimbun
sehinggakan aku rasa macam nak cerai-ceraikan badan sendiri
selepas itu jadikan orang suruhan.

kalau kita cerai-ceraikan badan sendiri dan jadikan ia sebagai orang suruhan
tak payahlah susah payah nak pergi korek bank untuk bayar gaji.
kalau kena bayar gaji pun bukan pergi kemana
duit itu akan masuk ke bank kau jugak yang dah kemarau tuh!! (padan muka kau mak tak
suruh shopping macam sahabat syaitan pun kan)

oho..
aku rasa macam nak cerai-ceraikan badan sendiri untuk dijadikan sebagai
orang suruhan untuk melakukan semua kerja yang bertimbun..
aku rasa macam nak cerai-ceraikan badan kepada 200 keping.
boleh tak??
apabila 200 keping, macam-macam kerja boleh dibereskan dalam satu masa.


satu bahagian
boleh dijadikan sebagai orang suruhan untuk lengkapkan file-file yang entah apa-apa
yang mengarut yang disuruh untuk dilengkapkan untuk dilihat dan bapak tebal bukan
bapak je atuk nenek punya tebal dan tak tahu nak isi apa!!!!


satu bahagian
boleh dijadikan orang suruhan untuk membuat ujian-ujian yang bakal menjelma
dan bukan bakal menjelma sahaja tetapi yang tiba-tiba mengejut
macam beruk punya terkejut sebab tiba-tiba lecturer kata

"esok UAK anda..sila bersedia"

huh!!!!

satu bahagian lagi
boleh disuruh untk berhibur

satu lagi untuk
mengupdate blog kecintaan ini

satu lagi untuk
berfacebook sampai macam nak mati
(macam sebab tak nak mati sebab facebook)

satu lagi untuk
dijadikan orang suruhan untuk makan, mandi, minum,
tidur..bla..bla..bla..bla.. blah lah!!!


satu lagi untuk
diletakkan di rumah ku syurgaku
supaya diri ini tidak terlalu homesick
kemungkinan diri ini tidak dapat pulang sebulan setengah sehingga
exam final nanti..
oh my!!!!! saya memang homesickk sekaranggg!!!!
nak balik!! nak balik!! nak balik!!


satu lagi untuk
dijadikan orang suruhan untuk study untuk exam
supaya exam nanti tak delah rasa macam nak mati + tercekik
nota-nota yang dibuat dan yang perlu dibaca sampai rasa nak muntah
dan makan muntah tu balik (euww.. geli gila kau ni amal makan muntah!)


satu lagi untuk
blablablablablablablablablablablablablablablablbalbalbakaabaaabkjudbhuhhbdhiuwhdw!!!!



dahlah aku nak buat keje
sebab aku tau mana boleh
cerai-ceraikan badan untuk dijadikan orang suruhan!!

2 comments:

Andy said...

o gosh....calm down baby :')

chill up!!! ...teehee

amalina wahida said...

andy~> macam mana eh chill up tuh?? kene makan cili eh?? hahahahha!!