PENGIKUT

Tuesday

aku tak pernah lupa

bila raya je apa yang kau ingat??
makan kan.. aku tahu kau tak payah tipu..

tapi ada satu insiden yang memang aku tak pernah lupa
dari aku kecil sampai aku besar...
sebenarnya banyak..tapi aku cerita satu ni je..hehehhe (kenapa kau gelak macam ni?)


insiden ni jadi masa aku kecil..masih muda dan masih comel..
yer.. aku masih putih tidak sehitam sekarang..aku masih (ok! cukup puji diri sendiri)


baiklah.. aku yang muda remaja putih comel ini..
bangun pagi.. seperti biasa kalau raya mestilah sanak saudara berhari raya
bersama-sama di kampung halaman kan..
jadi.. aku bangun pagi itu.. semangat nak makan laksa.
sebabnya bila ramai-ramai je dapat makan laksa pagi-pagi!!
yeahhh!! i like laksa!!


kemudian, aku duduk di tepi ayahku dan ibuku dengan penuh ayu..
baiklah ketika ini adikku kecil dan ibuku melayanku seperti anak bongsu (ahh!! kenapa aku kene menjadi angah sekarang!!!)


baiklah duduk bersila kerana meja tidak muat dan strategik betul-betul dekat
depan hidangan mee laksa..(laksa!! i likee!!!)
dari dapur, makcik..ok guna untie lah lagi muda remaja..
seterusnya untie min(min bukan nama sebenar)
bawa kuah laksa yang betul-betul baru menggelegak dari periuk ke dalam mangkuk
berjalan melalui atas kepala aku
kemudian.......



PRANGGGGGGGGGGG!!!!!
(bunyi mangkuk itu terbelah dua)
semua orang menjerit pergi ke arah aku..
aku macam blur blur (oh! kenapa mesti type blur dua kali)
mak aku terus jerit


ANAK AKUUUUUU!!!
BANGUN!!! CEPAT MASUK BATHROOM!! (aiseyman..comel betul ibuku berbahasa begini)


kau rasa kenapa semua orang kelam kabut ke arah aku
ayah aku dah nak dokong (eja dokong ke dukung ke dukong ke dokung???)
bawa aku pergi bathroom dan terus simbah aku dengan air kolah yang sangat
sejuk macam kau mandi ais
tanpa sempat aku tutup mata dan berkata apa-apa??


sebab.. mangkuk kuah laksa yang berisi kuah yang menggelegak yang sepatutnya
menyelerakan itu terbelah CANTEKKKK!! kat atas kepala aku..
aku tak sempat nak cakap STOP dah habis tersiram kuah laksa!!
AHA!!!
badan aku merah-merah tanda nak melecur..
mak ayah aku cepat-cepat siram air sejuk ais kolah tu
dan....
AKU OKEYH!!!! secantek dahulu seperti sekarang..(heh!! kau jangan perasan boleh tak amal!!)






okeyh..
itu je.

2 comments:

ishiko said...

selamat hr raye ~

amalina wahida said...

ishiko~> selamat hari raya aidilfitri.. semoga pulang ke kampung dengan selamat