PENGIKUT

Thursday

membebel lah sesuka hati kau

hari ni amalina wahida nak membebel sesuka hati dia..
apa kau ingat amalina tak pandai membebel??
kalau aku dah membebel mak aku pun leh surrender tau..
bukan setakat surrender siap pas bendera putih kat aku lagi..

mungkin.. mungkinlah.. aku dah okeyh sikit kot..
yelah.. sejak dua menjak tiga menjak nih aku agak down..
apa ko ingat down town je boleh guna perkataan down??
hidup pun ada up and down tau..

mungkin kan aku kata..
nanti kau cakap aku cakap tak serupa bikin pulak..
sampai ada suara-suara sumbang menyatakan hasrat hati memetik bunga di taman larangan.. oit2!! bukan-bukan.. sampai ada suara-suara sumbang berkata

"ele..kata dah tak down apesal ade entry air mata lagi?? "

apa2??!! ingat akademi fantasia je ke boleh guna adegan air mata?
aku pon boleh lah.. lagi hebat dari fasha sanda dalam cite yang dia berlakon kat kolej lagenda tuh.. asyik-asyik nangis.. lawan r mak tiri dia tuh! bengang aku cerita-cerita berunsur kene dera nih! tapi aku tak nangis pasal mak tiri tau! kalau ayah aku menduakan mak aku.. tahulah aku nak buat apa!! choi2!!! kau jangan nak mengarut amalina.. aku stapler mulut kau hidup-hidup nanti lagi horrow dari kene jahit macam cerita LONG KONG kau nak??

kan aku kata aku dah okeyh sikit.. mungkinlah..mungkin je..sebab aku bertani tadi..
apa kau ingat aku yang suka menjahanamkan tanaman dan pokok bunga ros mak aku ni tak pandai bercucuk tanam ke?? aku pandailah.. betull.. nanti aku tunjuk bukti kalau kau tak percaya.. tapi nantilah bukan sekarang.. sebab.. aku malas nak upload gambar..

apa?? kau ingat aku pemalas ke?? bukan lah.. wifi disini tidak mengizinkan.. entry2 yang takde gambar sangat laju.. kau cuba tengok entry-entry aku yang ade gambar?? berterabur kan macam rambut kau yang tebal dan tak basuh seminggu serta tak sikat kusut masai.. masai?? oho.. aku teringat classmate aku yang berasal dari masai johor bahru..

"hoi!! kenapa kau membebel banyak sangat ni amalina??"

biarlah..biarlah.. ni kan blog aku.. suka hati aku lah nak buat apa..
biarlah.. biarlah..

kau nak tahu tak ape sebab aku down sejak dua menjak tiga menjak ni??
macam biasalah..mesti kau.. kamoo..awak.. anta..anti..you..you all.. semua dah tahu..
aku dah bagitahu kan kelemahan aku.. yerlah sebab kau kau kau semua lah..

mungkinlah.. mungkin.. aku dah ok..
aku rasa aku nak persetankan (setan??!! waaahhh!! lari2!! nanti kalo ikut dia masuk neraka) je apa yang meresahkan aku.. yerlah..takkan lah benda-benda kecil yang entah hape-hape boleh menggugat kehidupan aku.. eh2!! kau nak tahu tak.. aku ni kental lah!! aku hebat!! aku kuat!! takkan lah aku boleh luak dengan apa yang kau kau kau dah buat kat aku..
aku tetap aku.. dan aku tahu siapa aku..
buatlah sesuka hati kau kau kau selagi kau kau kau happy..

aku tetap aku..
dan aku tak sabar nak tunggu ramadhan..
lagi 15 hari nak ramadhan.. memang! aku sangat excited
yerlah.. semua SYAITAN kena rantai..(padan muka kau SYAITAN)

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

No comments: