PENGIKUT

Wednesday

terharu sampai menggaru-garu mengalirkan air mata

diisytiharkan bahawa, amalina wahida telah menjadi gila menggaru sebab sangat terharu dan sangat telah menjadi ketagih meminum alkohol!
kau gila aku ketagih alkohol nak kene jahit mulut macam dalam cerita LONG KONG kau try test lah ketagih alkohol. bukan!
aku sudah ketagih membaca satu blog nih.. http://nurulism.com/ aku tidak tahu samada link dia nih boleh digunakan atau tidak kerana aku klik link yang fathiah hani the sweets friend i ever had beri link nih supaya aku mempercayai fairy tales.

mesti kamoo semua tertanya-tanya fairy tales tu apa kan. alah, yang macam cerita cinderella yang apabila kau nak tidur tiap-tiap malam kau akan membaca sambil berbaring diatas katil sambil membayangkan sedang mencium putera katak yang kau gilai itu. (ketika kecil aku tak suka fairy tales)

berbalik pada link di atas..
my sweetes friend fathiah hani i ever had beri tu disebabkan aku dan dia sedang mengalami situasi genting dimana hati kami berdua akan rapuh dan berkecai sekiranya pendedahan cerita itu tidak dibacai oleh kami. baiklah! semua mesti macam menggaru-garu kan kepala kenapa ayat diatas seakan anak letchmi yang bercakap.

berbalik pada tajuk..
kamoo semua cubalah try klik link diatas..(di akhir entry nih pon ada)
okeyh-okeyh tak nak jadikan ia suatu misteri sedangkan tidak semisteri cerita misteri nusantara yang pada setiap malam khamis membuatkan adik perempuan lari mahu tidur dengan kakaknya yang garang ini dan beralih ke kak long aku yang baik hati.

baik-baik seterusnya mengenai blog yang telah membuatkan aku menitiskan air mata tanpa sedar itu adalah kerana..
aku membaca cerita yang bertajuk "LOVE STORY"
IT IS about (aiseyh berbahasa inggeris) berkenaan tentang kisah bagaimana penulis bertemu dengan husband dia..
yup! it's such a FAIRY TALES story..
dan terlalu khusyuk membaca sehinggakan tanpa sedar.. aku menitiskan air mata titik demi titik kerana seakan terharu dengan jodoh yang ditetapkan oleh YANG MAHA ESA. dan betapa besarnya kuasa YANG MAHA PENCIPTA dan tiada siapa yang dapat menghalang seandainya DIA telah menetapkan..

cukup!
kamoo semua bacalah..
kalau aku yang keras hati kepala batu dan sangat garang ini mengalirkan air mata kerana terharu..
apatah lagi anda yang baik hati lembut hati kepala kapas ini akan mengalirkan sekali mukus-mukus di dalam hidung.
http://nurulism.com/2009/05/08/love-story-2009




selamat bernanges!!

No comments: