PENGIKUT

Thursday

kali ni tiada gambar disertakan.. A.I.S.Y.A.H

pernah tak kamoo semua terfikir kenapa nama kamoo adalah nama kamoo??
ala.. soalan senang pun tak faham..
contoh.. kenapa nama aku amalina?
kenapa bukan aisyah ke aminah ke farah ke siti hawa ke kan..
kalau dah nama aku aisyah kenapa nama aku aisyah?
kenapa bukan amalina ke wahida ke kan??

berbalik pada topik..
dulu aku selalu tanya mak aku

"mak! kenapa nama angah amalina?"

mak aku selalu jawab,

"mak nak letak nama angah nurul amalina bukan amalina.."

tapi aku memang tak puas hati.. kenapa mak aku bagi nama aku nurul amalina pulak??
aku tanya lagi mak aku soalan yang sama dan mak aku akan jawab,

"mak nak letak nama angah nurul amalina.."

MEMANG!!!! SAMPAI SEKARANG!! JAWAPAN YANG SAMA!!!! (eh! kenapa marah-marah nih?)

macam ni lah, aku sebenarnya nak sangat nama aku AISYAH.. aku rasa aku sesuai dengan nama tu.(angguk tanda setuju sekarang!!cepat!!!)

sebenarnya, malam tadi ada junior datang bilik..biasalah sesi perkenalan(SKEMA!!) nama junior nih aisyah ^_^ Aku suka orang nama AISYAH.. (yelah, sebab aku tak dinamakan dengan nama yang aku nak nih!) dia masuk bagi salam sambil senyum, duduk sebelah aku.. terus terkeluar

"e'eh..putihnya awak..." (betul budak ni! putih gilaaa!!!)

aisyah terus senyum lepastu merendah diri.. (semestinya aku terpikat dengan perilaku dia)

baiklah, aku belajar banyak ilmu dari AISYAH..(apa pandang2? eh! aku tak nak bagitahu kamoo lah)

okeyh2..aku akan beritahu sekiranya kamoo melutut dahulu!! cepat2!! sekarangg!!!

AISYAH kata, berdasarkan tapak tangan aku, aku nih boros! membazir jer tahu!! (memang pon) *AISYAH bercakap dengan sopan eh.. tak macam kamoo semua*

AISYAH kata, suami aku hensem..^_^ (aku tak tipu lah weyh!! tak caya tengok r tapak tangan aku.. cuba tanya AISYAH)

AISYAH kata, suami aku sebaya ^_^ (PUTERA KATAK..I AM THINKING ABOUT U RIGHT NOW)


apa2??!! jangan lah percaya sangat..nanti khurafat.. semua itu ketentuan YANG MAHA ESA..

No comments: