PENGIKUT

Sunday

apa yang jadi malam jumaat haritu sebenarnya??

pernah kamoo semua terkunci di dalam pusat makanan segera ketika kamoo sibuk berborak dengan adik beradik kamoo dan sibuk mengunyah kentang goreng dan big mac yang digemari itu?
pengalaman: ye! aku pernah terkunci kat dalam pusat makanan segera itu. bukan hobi aku terkunci dalam tu, tetapi tak sedar (memanglah tak sedar kau mengketedarah) tempat tu dah tutup..
kenapa kau tumpahkan air di tengah-tengah tangga dan disaksikan oleh orang ramai yang seakan menahan tawa sambil tersenyum simpul memandang kearah kau yang berada diatas tangga sedang menuju ketingkat atas di pusat makanan segera yang terkenal itu?
pengalaman: di hari yang sama aku terkunci, sebelum tu aku dah tumpah kan 2 cawan air bersaiz LARGE dengan bangganya ketika hendak menaiki tangga ketingkat atas pusat makanan segera tu. kau tak malu ke kalau satu pusat makanan tu yang ramai luar biasa pada hari itu melihat kau terkial-kial menjatuhkan air sambil ternganga mulut dan tersenyum sinis? (sumpah malu gilerrr.. aku rasa nak bunuh diri kejap)
diam!! diam!!(eh! kenapa tetiba mengamok?) biasalah semua orang pernah buat salah dan aku memang tergolong dalam golongan itu sebab aku bukan hantu aku kan orang so, kamoo (merujuk kepada orang yang ada dalam pusat makanan segera itu) semua jangan hukum(eh kenapa nak kene hukum) aku!
biasalah, semua manusia pernah buat silap kan? (api kau jangan nak buat silap benda yang memalukan nih sampai seratus kali plak)

No comments: