PENGIKUT

Monday

aku bukan nak mengorat.. menggatal pun bukan..

Sejak kecil aku memang terkenal dengan otak yang cerdas lagi bijak. Aku senang menghafal surah-surah hafazan dan siti sifir dengan cepat dan lancar (ada nada riak disini) oleh kerana itu, aku memang suka dan menggemari untuk tidak menskroll nombor-nombor di phone book sebab, kan aku kata tadi aku boleh hafal dengan lancar..so type jelah.. aku bijak kan!! (muaahhahahaha!! Masih dengan nada riak)

Tetapi, aku nak tanya kamoo semua tentang beberapa situasi.

situasi 1:

Kamoo semua pernah tak rasa macam nak ambil pistol dan tembak kepala sendiri?

situasi 2:

Pernah tak kamoo semua tersalah send mesej pada orang yang tidak dikenali walhal kamoo sebenarnya dah mula nak send mesej mengumpat kerana kamoo fikir kamoo telah send pada nombor yang betul?

situasi 3:

Pernah tak kamoo semua mengalami situasi dimana pengirim sms itu menyatakan yang dia tersalah send dan bertanya “sape ni?”

Selalunya, kalau aku dapat mesej yang tidak dikenali aku akan balas dengan perkataan “sape ni?” sebab aku tak nak si pengirim tertunggu-tunggu mesej balas dari si penerima yang sebenar.

situasi 4:

Tapi, pernah tak kamoo semua mengalami situasi dimana pengirim sms yang tersalah hantar itu menyatakan yang dia tersalah tekan nombor dan memberitahu kamoo yang nombor kamoo mirip nombor rakan yang ingin dihantar?

Selalunya kalau aku dalam situasi diatas aku akan kata “bengong! Takkan nombor kawan sendiri pun tak save dalam phone book.” dan si pengirim takkan reply apa-apa lagi selepas itu.(muahahhahaha!! Aku memang garang!)

aku rasa keadaan ini tak logic! Dan aku menyampah dengan situasi-situasi diatas. Bagi aku, henfon takkan tersalah nombor sebab kita save nombor kawan-kawan kita kat dalam phonebook lainlah kalau telefon rumah. Tetapi, mentaliti aku berubah sejak dua tiga hari yang lepas. Cekid out apa yang jadi.

yuhuuu!! (sambil letak emoticon melompat2 yg ade dlm telefon sony ericson) ko bt pe tuh mie?”

Send ke 017253****

Lama! Tak balas. ”apehal minah nih tak balas mesej aku?” bengang!! Masih bersabar.

Phewwittt! (mesej tone aku!!!) ” orait.. Open inbox dengan penuh teruja sebab tak sabar nak bergosip.

sape ni” eh!!mengong! Lama gila dah kawan ngan aku tak save nombor?!! Mula sakit hati.

mie! Ko tak save no aku ke?” masih menggunakan ayat yang bersopan

send ke 017253****

hazmie ek?” ini melampau!!! Sampai hati tak save nombor aku!!

“weyh mie! Asal ko tak save no aku?? Bapak lama kawan ngan aku ko tak save no!! nih aku nk marah nih!!”

Send!! opss..!!! nanti-nanti mari kita cek sama-sama no yang aku type tadi…


017253**** dan 01525*&&**



eh! Nih bukan mimie ek?? Hahahahahha!! Salah nombor! Hahahaha! Sorry tau tersalah tekan nombor..”

’Hahahaha’ ditulis untuk menutup rasa malu kepada diri sendiri..

(malu weyh!! Salah send!! Siap emosi lagi marah-marah!! mana tahu salah send kat laki orang ke isteri ke dua ke ape ke! mengong! Rasa nak bunuh diri kejap!)


keadaan ini menyebabkan aku menukar perspektif buruk yang selama ini tersimpan dibenakku kepada perspektif yang positif. Kamoo-kamoo semua janganlah berfikiran buruk sangka terhadap orang yang tersalah send macam pemikiran aku dulu-dulu.










**lepas ni rajin-rajinlah tersalah send ke nombor aku..betul aku tak marah dah..ngee~~**

1 comment:

amalina wahida said...
This comment has been removed by the author.